Nuklear adalah satu ancaman dunia buat masa ini dan juga sedikit sebanyak membantu dalam sektor tenaga dalam kehidupan manusia.tapi sejauh manakah teknologi ini diguna pakai dalam tamadun manusia yang realitinya bagi sesebuah negara yang berlumba lumba bagi menunjukkan siapa yang paling berkuasa dalam ekonomi teknologi senjata
Amerika,Russia,China dan Korea adalah nama yang sering kita dengar dalam isu nuklear dan Amerika adalah pencetus yang suka campur tangan dalam negara yang terlibat dalam menjalankan teknologi nuklear yang kononnya ingin mengambil posisi sebagai pertahanan dan keselamatan untuk isu keselamatan nuklear sedunia dan hakikat sebenarnya mereka ini takut kepada negara yang semakin maju dalam teknologi nuklear,apatah lagi negara yang memajukan sektor nuklear ini bersekutu dengan negara negara Islam yang boleh menggugat kuasa besar mereka.
Bagi pendapat aku Perang Dunia ke 3 adalah pencetus dalam penglibatan senjata nuklear di mana peperangan yang tidak berpanjangan tapi kemusnahannya mampu melenyapkan tamadun manusia di mana kesan daripada EMP (Electromagnet Pulse)) daripada senjata nuklear itu sendiri dan secara tak langsung membuatkan semua kemajuan teknologi yang dimiliki kini lenyap dan tidak boleh diguna pakai dan akan secara tak langsung juga mewujudkan perang Dunia ke 4
Perang Dunia ke 4 adalah yang disebut dalam Al-Quran iaitu perang yang menggunakan pedang di mana perang yang tidak ada lagi menggunakan senjata peledak dan bahan kimia kerana disebabkan kesan pada kemusnahan oleh nuklear yang melenyapkan semua teknologi dan tamadun kemajuan manusia seperti yang saya sebutkan di atas tadi
Perang akhir zaman juga ada disebutkan di dalam hadis di mana perang yang menggunakan pedang dan Dajjal juga dibunuh menggunakan pedang yang dihunuskan pada leher Dajjal.Kisah ini ada juga disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi ada juga menyebut kaum Yahudi Zionis yang pengecut akan bersembunyi di balik batu dan Pokok Gharqad yang kalau kita tahu giat ditanam sekarang oleh orang yahudi.Pokok Gharqad itu juga adalah simbol yang diguna pakai pada kasut Timberland yang pokoknya banyak di tanam di Israel buat masa ini.
Dalam kata kata Albert Einstein...pernah menyentuh Isu Perang Dunia ke 3 dan juga perang Dunia ke 4..."I know not with what weapons Word War III will be fought,but World War IV will be fought with sticks and stones"Adakah Albert Einstein tidak mahu mengaku Perang Dunia ke 3 ini bakal menggunakan teknologi nuklear yang merupakan hasil ciptaannya sebelum ini???Selepas itu,Perang Dunia ke 4 (Battle Of Armageddon) dikatakan akan meletus di mana senjata yang digunakan adalah pedang.
Rancangan Israel sebenarnya sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia ke 3 dan mereka sedang menghitung hari ketika ini.
Cuba anda fikirkan....untuk apa sesuatu itu diciptakan kalau tidak ada tujuannya dan takkan semata mata hanya ingin dipamerkan di muzium untuk ditatap...atau hanya diperkatakan dan pastilah untuk????
Walaupun sebahagian yang saya tulis ini adalah teori,besar kemungkinan tetap ada dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang,Tuhan sahaja yang menetukan segalanya...dan kita sekarang sibuk dengan kepentingan diri dan dan gajet masing masing tetapi itulah salah satu perancangan yang sempurna bagi melekakakan kita semua.