"

Image Hosted by ImageShack.us

Khamis

Assalammualaikum..





Agak lama aku tinggalkan blog ni,dah bersawang sana sini..aku bukannya takde masa tapi sebenarnya MALAS..ye malas,kemalasan tahap melampaui akta dalam undang undang kemalasan hakiki..dan aku pun tak tahu dah berapa kurun aku tinggalkan blog ni dan rasenye kalau aku ambik lagi masa untuk aku freezekan blog ni conform pakcik aku akan delete blog ni..sape lagi kala bukan uncle google dan takkan wujud lagi afizsxp.blogspot.com....

Aku ingat kali ni aku tak nak fokuskan kepada ilmu IT je,kalau boleh nak kongsikan ape saje yang aku buat baik dari segi live aku,kerja,aktiviti harian dan yang sewaktu dengannya.Dipendekkan cerita lebih kepada perkara perkara yang bermanfaat la,nanti meluat pulak korang bile aku selitkan entry entry yang mengarut..

Sebenarnya banyak perkara yang aku alami sepanjang aku bercerai dengan blog aku ni..baik kegembiraan,kedukaan,kejahilan,keinsafan dan macam myacam lagila.Tapi takkan aku nak cerita dengan korang pulak,mana boleh..my life is my secret must private bukan untuk bacaan awam...hehe,jangan marah ye..

Selasa

Game Booster


Setiap kali bile game dimainkan pade PC ,sesetengah user yang mahir dalam pengoperasian windows mesti tahu dalam mencari aplikasi-aplikasi yang tidak diperlukan ketika games dimainkan bagi memoptimumkan komputer korang ketika bermain game..lebih kurang macam turbo untuk PC korang la,itu bagi korang yang mahir,bagi yang kurang mahir macam aku ni pulak ada eloknye korang cuba aplikasi ni Game Booster..nama pun dah gempak.

Perisian Game Booster ni sesuai untuk semua sistem operasi Windows dan saiz 6.64 mb.Mula dikeluarkan pada 10 January 2011..

Download link

http://www.iobit.com/gamebooster.html

Malaysian Radio V4 Black Edition


Sebelum ni aku ada update perisian radio ni dalam bulan ogos tahun lepas dan kali ni aku sarankan korang mana yang dah pakai version Malaysian Radio V3 eloklah rasenye pakai yang baru ni iaitu version Black Edition V4 sebab aku rasa lebih stabil dan banyak error yang telah diperbaiki tapi macam biasalah perlukan sambungan internet dan hampir keseluruhan stesyen radio seluruh malaysia ditambah termasuk Sabah dan Sarawak dan sebelum terlupa kalau ada di antara korang yang menggunakan operating system Windows 7 sila open menggunakan Run as adminstrator

download link

http://www.mediafire.com/?zzdm52lyjnn