"

Image Hosted by ImageShack.us

Isnin


Syukur alhamdulillah sebab tahun ni aku masih berkesempatan beraya bersama kedua orangtua aku dan juga disamping rakan-rakan termasuklah opah aku..heh,takde bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.Tahun ni aku beraya kat kampung opah sebelah mak aku di Perak,Kuala Kangsar..Kota Lama Kiri.Kalau diikutkan raya tahun ni aku tak boleh nak balik ke kampung,ni jugak disebabkan sifat aku yang tak ambik endah pasal cuti raya ..akibatnya cuti dah tak boleh nak apply dan aku mintak cuti dengan dokter..heh,MC lah..apa lagi sampai kene pau ngan dokter RM60.00 hinggit,hampeh btol.

Tengah syok layan raya kat kampung ni la ramai member nak datang rumah,alamatnya tengok pintu rumah aku jelah..korang macam tak paham-paham je kalau raya pertama sampai ketiga memang aku dok kampung..heh,tapi lpas balik dari kampung aku raye jugak rumah korang dengan hati yang terpaksa..korang nak tau sebabnya?Sebab korang tak pernah nak beraya rumah aku,alasannnya bila korang datang aku takde rumah..pandai betol akal korang erkk..aku tak ambil kisah pun..bende remeh camni buat ape nak ambil hati kan..cam perangai bebudak je kalau buat camtu..ape pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan