"

Image Hosted by ImageShack.us

Rabu

Aku Linux dan Kehidupan


Lame gile aku tak update blog ni,ye gile dengan keje aku..gile dengan PC aku..gile dengan PC customer yang nak di repair sampai tak terlayan,dalam mase yang same aku belajar buat setup networking kat cybercafe member aku dan satu budaya baru yang aku bawak kat situ bile aku cadangkan pade member aku supaya gunakan Operating System berasaskan Linux iaitu Ubuntu 9.04 dan agak buntu jugak bebudak kampung kat situ bile tengok operating system berasaskan Linux ni,yelah kebanyakan cybercafe kat malaysia ni semuanye berasaskan Windows iaitu pade bahase harian aku bermaksud Tingkap..dan pengasasnye adalah Bill Gates iaitu pagar dan aku rase kalau Steve Jobs tau pepatah melayu dalam istilah pagar ni mesti beliau akan menggunakan pepatah yang berbunyi "harapkan pagar,pagar makan padi pade Bill Gates dan mungkin korang akan faham kalau korang tau sejarah Bill Gates dengan Steve Jobs dan programer microsoft ni kebanyakkannye daripade India..patutla senang kene hack tapi bukannye bermaksud nak memperlekehken tapi "kenyataannye.."

Pade korang yang nak tau sesangat ape kelebihan Linux ni aku ceritakan sikit salasilah Linux ni dalam budaya komputer yang agak menular dikalangan pengguna komputer yang tegar..skema pulak bahase,senang citer aku detailkan pade Ubuntu iaitu pengasasnye adalah orang Afrika..untuk versi Ubuntu ni aku kurang pasti daripade versi ape die keluar dan ape yang aku tahu ia mula dikeluarkan pade tahun 2007..time tu satu mende pun aku tak tahu ape itu komputer dan virus,kan ke sengal namenye tu..




Virus
Mesti korang menyampahkan bile dengar menatang ni,satu perisian jahat yang boleh memusnahkan system dan data yang terdapat pade komputer korang.Dalam Ubuntu takde istilah Antivirus maupun Malware dan Spyware,ini disebabkan virus dicipta untuk memusnahkan windows dan menyerang pada system registery yang berkonsepkan.exe dan kebanyakan virus suke menyamar berkonsepkan file.exe dalam windows,manakala Ubuntu tidak memiliki system registry tp bukan bermaksud tiada virus untuk Linux ni tapi kebarangkaliannye agak tipis dalam erti kate Ubuntu tidak memerlukan Antivirus dan aku telah memakai perisian ni selama 2 tahun tanpa sebarang perisian Antivirus dan alhamdulillah tiade ralat maupun error pade mane2 system..kan dah save satu bajet..

Driver
Seperti Windows memerlukan driver tiap kali ingin memasang sesuatu perkakas dan juga apabila selesai memformat sebuah PC/Laptop..tp bagi Linux(Ubuntu) driver bukan masalah,salah satu contoh aku menggunakan broadband dan memerlukan driver bile dipasang dalam windows tapi bagi Linux tidak perlukan sebarang driver hanya setup di bahagian Network dan pilih operator ape yang korang pakai,termasuk juga printer..



Perisian
Bagi menggunakan ape2 aplikasi Linux(Ubuntu)telah menyediakan satu bahagian untuk korang tambah atau cari yang telah disediakan di bahagian aplikasi dan pade korang yang biase mengunakan Yahoo Messenger di dalam Linux(Ubuntu)telah disediakan satu perisian iaitu Pidgin mungkin pade kali pertama rase janggal menggunakannye..manakala untuk melayari internet telah diberikan Mozilla Firefox a.k.a musang berapi..untuk kegunaan office pula boleh menggunakan Openoffice.org..dan yang menarik Linux(Ubuntu)ade Gadgets Desktop mereka sendiri,korang ingat Windows je ade gadgets..


Wine
Seperti Linux(Ubuntu)perisian Windows tidak boleh dipasang didalam Linux seperti Games dan aplikasi yang berkaitan dengan Windows,tetapi boleh dijalankan dengan perisian Wine..perisian ni membolehkan aplikasi Windows dipasang pade Linux(Ubuntu) tetapi Wine kini masih belum stabil ini kerana hasil daripade ujian yang aku lakukan masih ade perisian Windows yang gagal dijalankan dalam Linux(Ubuntu) contohnye seperti Yahoo Messenger dan yang lain-lain..

Jadi pada korang yang berminat pade distro Linux ni tak salah kalau nak mencuba,aku dulu pun sengal jugak bab Linux ni dan sekarang masih cari dan mengkaji kelebihan Linux ni lebih2 lagi pade Network dan Security termasuk juga bab Root dan penggunaan Terminal..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan