Kecoh di dada akhbar mahupun di media cyber tentang Virus Stuxnet yang dikenali juga sebagai Winsta atau Tmphider yang menyerang pada bahagian industri sehingga membabitkan kepada sumber tenaga terutamanya dalam sektor Industri Tenaga Nuklear dan mula dikesan pada 20 Jun 2010 oleh VirusBlockAda,sebuah syarikat keselamatan yang berpusat di Belarus.Iran juga telah diserang oleh virus tersebut iaitu pada Loji Kuasa Nuklear,Bushehr dan juga menjangkiti hampir 45,000 jaringan internet diseluruh dunia dan dalam masa yang sama pihak mereka juga tidak bersedia membahaskan isu tersebut buat masa ini.
Menurut Ralph Langner dari Ahli Kawalan Keselamatan Industri Jerman mengatakan sasaran cecacing tersebut disasarkan pada Perisian Siemens AG WinCC software yang digunakan untuk menjangkiti sistem peralatan industri tersebut bagi tujuan menghancurkan kemudahan Nuklear Iran dan sekaligus boleh meledakkan penghasilan bahan Nuklear jika virus tersebut berjaya mengambil alih dan dalam masa yang sama menghancurkan sistem yang sedia ada.David Emm,seorang senior Peneliti Keselamatan Kaspersky menyatakan apa yang membuatkan Stuxnet berbeza dari virus lain adalah virus tersebut dapat menyerang dengan sendirinya tanpa dikawal oleh sesiapa dan berupaya memindahkan segala data kepada pihak yang terbabit jika IP diaktifkan dan mampu memprogram semula Programmable Logic Controller(PLC)dan perubahan tersebut tidak dapat dilihat
Kebanyakkan sistem komputer di Iran dan di negara lain yang menggunakan perisian Siemens SCADA(supervisory Control and Data Acquisition)sistem ini menjadi sasaran paling utama dan jika semua Internet Provider (IP) telah dibersihkan namun ancaman virus tersebut tetap ada.Stuxnet adalah virus canggih dan ia dicipta bukan sekadar joke tapi dihasilkan bagi menghancurkan sistem yang digunapakai pada sesebuah industri yang melibatkan sektor tenaga terutamanya Nuklear dan sumber tenaga yang lain bagi tujuan melumpuh dan memusnahkan keperluan sesuatu bekalan tenaga serta beberapa fungsi yang lain.
Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh penganalisis keselamatan tempatan yang menyatakan bahawa virus tersebut bukanlah dicipta oleh individu atau penggodam biasa tetapi ia mungkin di bawah seliaan satu badan organisasi atau pun sesebuah negara,contohnye AS atau Israel yang sememangya dikecam hebat dalam isu serangan virus tersebut tetapi disangkal oleh pihak yang bersekutu,akan tetapi bila dikaji kembali faktor serangan virus tersebut dan tujuan serta tempat yang diserang memang tidak mustahil ia adalah di bawah satu organisasi tertentu dalam serangan yang dilakukan dan secara logik akan melahirkan Era Perang Cyber didalam ruang medan elektronik yang tiada bersempadan dimana keperluan gadget-gadget elektronik menjadi keperluan asas dalam kehidupan umat manusia di kala ini dan secara langsung juga menjadi jalan pintas bagi memudahkan lagi serangan cecacing pada perisian yang berkaitan serta hala tuju serangan tersebut.
Bagi pendapat aku pula,Virus Stuxnet bukanlah satu virus yang mengerikan dan ia sebenarnya mungkin juga langkah pertama bagi menguji tahap keselamatan dan kekebalan sesuatu perisian dan juga kemampuan virus tersebut dalam menyerang sistem yang digunapakai bagi sesebuah negara yang dikenalpasti sebagai sasaran dan serangan kali pertama juga mungkin mengumpul maklumat yang sedia ada bagi melancarkan serangan kali kedua dan mungkin lebih jahat dari Stuxnet seperti yang kita ketahui pada waktu sekarang.
Tiga Perisian Yang Mengenal Stuxnet Dengan Nama Yang Berbeza
Kaspersky Lab mengenalinya dengan nama Trojan_Dropper.Win32.Stuxnet.e
McAfee mengenalinya dengan nama Stuxnet
Microsoft mengenalinya dengan nama Trojan-Dropper.Win32.Stuxnet.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan