"

Image Hosted by ImageShack.us

Isnin


Syukur alhamdulillah sebab tahun ni aku masih berkesempatan beraya bersama kedua orangtua aku dan juga disamping rakan-rakan termasuklah opah aku..heh,takde bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.Tahun ni aku beraya kat kampung opah sebelah mak aku di Perak,Kuala Kangsar..Kota Lama Kiri.Kalau diikutkan raya tahun ni aku tak boleh nak balik ke kampung,ni jugak disebabkan sifat aku yang tak ambik endah pasal cuti raya ..akibatnya cuti dah tak boleh nak apply dan aku mintak cuti dengan dokter..heh,MC lah..apa lagi sampai kene pau ngan dokter RM60.00 hinggit,hampeh btol.

Tengah syok layan raya kat kampung ni la ramai member nak datang rumah,alamatnya tengok pintu rumah aku jelah..korang macam tak paham-paham je kalau raya pertama sampai ketiga memang aku dok kampung..heh,tapi lpas balik dari kampung aku raye jugak rumah korang dengan hati yang terpaksa..korang nak tau sebabnya?Sebab korang tak pernah nak beraya rumah aku,alasannnya bila korang datang aku takde rumah..pandai betol akal korang erkk..aku tak ambil kisah pun..bende remeh camni buat ape nak ambil hati kan..cam perangai bebudak je kalau buat camtu..ape pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..

Aku Raya Dan Kerja

Image Hosted by ImageShack.us
Dalam keghairahan umat islam menyambut syawal yang akan tiba tak lama lagi ni aku sibuk berkira-kira nak mintak cuti ke atau tak..sebabnya tempat aku bekerja ade keluarkan senarai nama-nama yang tidak dapat bercuti Raya untuk tahun ni..nama aku takde tersenarai,kirenye boleh raya kat kampung le nampaknye tahun ni.Punye le sronok sebab nama tak disenarai hitam jadi aku tangguhkan untuk mengapply cuti raya dan akibatnye tarikh permohonan cuti raya telah ditutup...warrgggh...

Jumaat

Convert File Word Ke PDF Dengan doPDF




Ramai di antara kita yang masih kurang pengetahuan tentang memilih perisian yang mampu melakukan convert file Word ke PDF dalam memilih perisian yang sesuai.Jadi aku sarankan satu Freeware yang aku rasa terbaik untuk di cuba..

doPDF merupakan satu perisian yang sangat simple untuk digunakan dan agak mesra pengguna berbanding perisian converter yang lain

Berikut adalah petunjuk bagi penggunaan doPDF:

1.Download perisian tersebut

http://www.dopdf.com/download.php

2.Selepas tu install pada komputer dan buka file Word yang hendak di convert

3.Pilih menu file,dan print kemudian pilih doPDF pada properties



4.Lalu tekan OK,selanjutnya pilih fail yang telah di convert untuk disimpan ke folder yang ditetapkan dan tekan OK..secara outomatik file tu telah di convert ke PDF