"

Image Hosted by ImageShack.us

Selasa

Stuxnet Era Perang Cyber

Kecoh di dada akhbar mahupun di media cyber tentang Virus Stuxnet yang dikenali juga sebagai Winsta atau Tmphider yang menyerang pada bahagian industri sehingga membabitkan kepada sumber tenaga terutamanya dalam sektor Industri Tenaga Nuklear dan mula dikesan pada 20 Jun 2010 oleh VirusBlockAda,sebuah syarikat keselamatan yang berpusat di Belarus.Iran juga telah diserang oleh virus tersebut iaitu pada Loji Kuasa Nuklear,Bushehr dan juga menjangkiti hampir 45,000 jaringan internet diseluruh dunia dan dalam masa yang sama pihak mereka juga tidak bersedia membahaskan isu tersebut buat masa ini.

Menurut Ralph Langner dari Ahli Kawalan Keselamatan Industri Jerman mengatakan sasaran cecacing tersebut disasarkan pada Perisian Siemens AG WinCC software yang digunakan untuk menjangkiti sistem peralatan industri tersebut bagi tujuan menghancurkan kemudahan Nuklear Iran dan sekaligus boleh meledakkan penghasilan bahan Nuklear jika virus tersebut berjaya mengambil alih dan dalam masa yang sama menghancurkan sistem yang sedia ada.David Emm,seorang senior Peneliti Keselamatan Kaspersky menyatakan apa yang membuatkan Stuxnet berbeza dari virus lain adalah virus tersebut dapat menyerang dengan sendirinya tanpa dikawal oleh sesiapa dan berupaya memindahkan segala data kepada pihak yang terbabit jika IP diaktifkan dan mampu memprogram semula Programmable Logic Controller(PLC)dan perubahan tersebut tidak dapat dilihat


Kebanyakkan sistem komputer di Iran dan di negara lain yang menggunakan perisian Siemens SCADA(supervisory Control and Data Acquisition)sistem ini menjadi sasaran paling utama dan jika semua Internet Provider (IP) telah dibersihkan namun ancaman virus tersebut tetap ada.Stuxnet adalah virus canggih dan ia dicipta bukan sekadar joke tapi dihasilkan bagi menghancurkan sistem yang digunapakai pada sesebuah industri yang melibatkan sektor tenaga terutamanya Nuklear dan sumber tenaga yang lain bagi tujuan melumpuh dan memusnahkan keperluan sesuatu bekalan tenaga serta beberapa fungsi yang lain.

Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh penganalisis keselamatan tempatan yang menyatakan bahawa virus tersebut bukanlah dicipta oleh individu atau penggodam biasa tetapi ia mungkin di bawah seliaan satu badan organisasi atau pun sesebuah negara,contohnye AS atau Israel yang sememangya dikecam hebat dalam isu serangan virus tersebut tetapi disangkal oleh pihak yang bersekutu,akan tetapi bila dikaji kembali faktor serangan virus tersebut dan tujuan serta tempat yang diserang memang tidak mustahil ia adalah di bawah satu organisasi tertentu dalam serangan yang dilakukan dan secara logik akan melahirkan Era Perang Cyber didalam ruang medan elektronik yang tiada bersempadan dimana keperluan gadget-gadget elektronik menjadi keperluan asas dalam kehidupan umat manusia di kala ini dan secara langsung juga menjadi jalan pintas bagi memudahkan lagi serangan cecacing pada perisian yang berkaitan serta hala tuju serangan tersebut.

Bagi pendapat aku pula,Virus Stuxnet bukanlah satu virus yang mengerikan dan ia sebenarnya mungkin juga langkah pertama bagi menguji tahap keselamatan dan kekebalan sesuatu perisian dan juga kemampuan virus tersebut dalam menyerang sistem yang digunapakai bagi sesebuah negara yang dikenalpasti sebagai sasaran dan serangan kali pertama juga mungkin mengumpul maklumat yang sedia ada bagi melancarkan serangan kali kedua dan mungkin lebih jahat dari Stuxnet seperti yang kita ketahui pada waktu sekarang.


Tiga Perisian Yang Mengenal Stuxnet Dengan Nama Yang Berbeza
Kaspersky Lab mengenalinya dengan nama Trojan_Dropper.Win32.Stuxnet.e
McAfee mengenalinya dengan nama Stuxnet
Microsoft mengenalinya dengan nama Trojan-Dropper.Win32.Stuxnet.A

Sabtu

Adolf Hitler


Sebut saja pasal perang mesti tak terlepas tentang kematian,kerosakan harta benda,kebuluran,peyiksaan dan bermacam-macam lagi,bagi aku bila bab perang ni..lebih-lebih lagi kalau perang dunia mesti aku teringatkan seorang pemerintah Nazi Tentera German iaitu Hitler,yup...Adolf Hitler dan banyak masyarakat dunia tak tahu sejarah yang dirahsiakan tentang Hitler ni dan aku dengar pasal kekejaman A.Hitler ni sejak di bangku sekolah lagi,tetapi ada yang dirahsiakan dari pada dunia tentang Adolf Hitler ni baik dari segi bala tenteranya,kehidupannya,corak pemerintahannya dan juga hubungan beliau dengan pemimpin-pemimpin Negara Islam..sape yang tahu kan dan sebab itulah ia salah satu sejarah dunia yang mesti dirahsiakan,mengapa.....?semuanya ada kepentingan baik bagi sesebuah negara mahupun dalam memesongkan sesuatu kebenaran dan kebaikan.



Sebenarnya ada banyak versi tentang A.Hitler ni,pernah juga diceritakan kebanyakkan anggota Tentera German dalam pemerintahan A.Hitler
ni adalah beragama Islam malah
membenarkan tenteranya yang beragama Islam menunaikan solat berjemaah dan mempunyai hubungan baik dengan
pemimpin-pemimpin negara Islam.(antara fakta yang tidak
dimasukkan dalam sejarah)

Kehidupan Adolf Hitler

Dilahirkan pada 20 April 1889 jam 06:30 di Braunau Am Inn,Austria berhampiran sempadan German di Bavaria.Bapanya Atlois Hitler seorang Pegawai Kastam dan ibunya Klara Polzl seorang surirumah dan mempunyai 2 orang abang dan 1 kakak tetapi meninggal ketika di usia masih kecil.A.Hitler juga meminati lukisan dan nyanyian ketika di bangku sekolah serta lantang berpidato.Mula menyertai tentera ketika Perang Dunia Pertama dan tugas beliau yang pertama adalah penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16.

















Adolf Hitler Dalam Perang Dunia ke 2

Pada September 1939,A.Hitler menyerang Poland dengan taktik blitzkrieg (serangan Udara,Darat secara mengejut)Bagaimanapun serangan terhadap Poland telah membangkitkan kemarahan dari musuh2nya iaitu Perancis dan British dan mengumumkan perang terhadap German dan bermulanya era Perang Dunia ke 2.Setelah sekian lama berperang dan mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran dan menyedari kekalahan tidak boleh dielakkan,Hitler telah mengahwini wanita simpanannya Eva Braun,lalu membunuh diri bersama-sama dan mayatnya dibakar bagi mengelakkan jatuhnya ke tangan musuh.


Jumaat

Fast Video Downloader Mozilla Add-ons


Kebiasannya banyak aplikasi2 yang dipasang pada OS bagi memenuhi keperluan pengguna contohnya macam audio/video converter dan yang lain2 termasuk juga aplikasi muat turun dan secara tidak langsung mengurangkan lagi ruang storan PC korang.


Sebut pasal downloader,untuk muat turun video aku sarankan satu add-ons
yang boleh di pasang pada browser mozilla korang iaitu fast video download dan hanya klik pada ikon yang telah dipasang pada browser jika ingin memuat turun sesuatu video dan ikon add-ons ini akan berkelip bile sesuatu video boleh dimuat turun.



Download links (aku tak pandai nak embed kod download)

Khamis

Buangkan Windows Genuine Advantage Notifications


Kerap kali aku dihadapkan dengan masalah windows yang berkaitan dengan windows not genuine daripada rakan2 dan juga customer,ade sesetengah tu pula PC yg same yang pernah aku reprogram dan bile aku tanye ade ke update windows,perilaku yang same aku tengok gelengkan kepala diorang mungkin tak faham kot ape yang aku katakan

Bila terjadi hal-hal sebegini PC akan menjadi perlahan dan mungkin ada juga masalah-masalah yang akan bersangkut paut dengan perisian yang lain dan pernah aku dengar dari kengkawan ade yang pernah kena saman dengan Microsoft sebab update windows yang dicetak rompak..mesti korang pelikkan macam mane pihak Microsoft dapat detect perisian tu cetak rompak dan lepas tu pulak ade surat saman yang sampai depan pintu rumah korang..tak payah le korang pelikkan.

Sesetengah user bile nak selesaikan pasal notifications genuine ni diorang akan format terus PC,leceh tu..jom selesaikan masalah ni

Cara-caranya:

Buka tetingkap Command Prompt dengan mengklik Start -> Run. Taip "CMD" dan tekan OK.

Tukar direktori ke dalam folder System32 (taip cd \ windows \ system32)

Buka tetingkap Notepad dan taip baris berikut:
  • taskkill-IM WgaTray.exe
  • del WgaTray.exe
  • del wgalogon.old
Sorot dan menyalin tiga baris di atas ke Clipboard.

Paste isi Clipboard ke Command Prompt.

Secara langsung akan mematikan wgatray proses. exe dari Taskbar dan akan menghapus file dari WgaTray.exe dan WgaLogon.dll

Jika tidak berfungsi cuba cara ni pulak:

Pergi ke start - search pilih fail and folders
taip pada ruangan pertama "WgaLogon.dll." pilih partition C - search

Selepas tu korang akan terjumpa fail yang bernama
"WgaLogon.dll." dan rename kepada "WgaLogon.dll.bak" and then restart.