"

Image Hosted by ImageShack.us

Ahad

WindowsBlinds



WindowsBlinds adalah perisian utiliti yang boleh mengubah rupa windows korang mengikut citarasa yang anda mahukan.Ia berfungsi dengan menggunakan gaya visual yang baru,yang dikenali sebagai(Bar Bertajuk,Butang Push,Memulakan Menu,Bar Tugas dan Lain lain) pada sistem operasi Windows.Hasilnya anda boleh mendapat kawalan sepenuhnya ke atas Windows yang anda mahukan.



WindowsBlinds memberikan penggunabeberapa rupa baru untuk dipilih.
Dengan pilihan themes WindowsBlinds,anda boleh menukar rupa:



*Title Bar
*Sempadan
*Bar Mula
*Kemajuan animasi
*Explorer Views
*dan hampir tiap tiap bahagian pada windows

                                                                               Download
                                           http://www.filehippo.com/download_windowblinds/html

Jumaat

VideoCache

Kali ni aku nak tunjukkan satu perisian yang membolehkan korang tak payah susah susah nak download video dari mana mana website dan secara tak langsung menjimatkan korang punya bandwith broadband.  Perisian yang aku maksudkan adalah Videocache iaitu membolehkan cache cache video yang korang main pada website tertentu dirender hingga terbentuknya satu video dan perisian ni berfungsi pada website yang menggunakan format flash yang seangkatan serta sewaktu dengannya


ok..yang di atas ni perisian videocache yang aku ambil dari softpedia..dan kalau korang  nampak bukan main banyak list list kat atas tu adalah antara video video yang aku bukak pada browser aku dan videocache ni jugak sebenarnya membolehkan korang spy kengkawan atau adik beradik korang untuk review balik video ape yang diorang sekodeng sebelum ni...jeng..jeng..jenggg....!!!


Lagi satu,videocache ni hanya senaraikan database database cache sahaja dan tidak menyimpan title pada video yang korang mainkan pada website tersebut..tetapi dengan hanya klik "play selected file"F2 for shortcut player pada PC korang akan tayangkan video tersebut,tadaaaa...amacam..?senangkan...!!


Lepas korang dah tau mane video yang korang nak..boleh la klik "open selected file to.."  F7 for shortcut pada yang korang yang malas nak tekan mouse macam aku ni yang pemalas..dan secara tak langsung akan keluar directory folder macam kat atas tu dan korang boleh setkan mane mane folder yang korang nak dan videocache ni akan render cache cache tersebut menjadi satu format video dan save..sebelum tu aku nak ingatkan korang pada sesiapa yang menggunakan perisian Ccleaner dan yang seangkatan dengannya elokla korang simpankan dulu video yang korang nak.Ini disebabkan bila kerajinan korang mencapai tahap yang membanggakan untuk clean korang punye hardisc,secara tak langsung cache cache yang tersimpan kat situ akan turut sama sekali dipadamkan..ingat ye..dipadamkan...sekian.

Download

Khamis

Assalammualaikum..





Agak lama aku tinggalkan blog ni,dah bersawang sana sini..aku bukannya takde masa tapi sebenarnya MALAS..ye malas,kemalasan tahap melampaui akta dalam undang undang kemalasan hakiki..dan aku pun tak tahu dah berapa kurun aku tinggalkan blog ni dan rasenye kalau aku ambik lagi masa untuk aku freezekan blog ni conform pakcik aku akan delete blog ni..sape lagi kala bukan uncle google dan takkan wujud lagi afizsxp.blogspot.com....

Aku ingat kali ni aku tak nak fokuskan kepada ilmu IT je,kalau boleh nak kongsikan ape saje yang aku buat baik dari segi live aku,kerja,aktiviti harian dan yang sewaktu dengannya.Dipendekkan cerita lebih kepada perkara perkara yang bermanfaat la,nanti meluat pulak korang bile aku selitkan entry entry yang mengarut..

Sebenarnya banyak perkara yang aku alami sepanjang aku bercerai dengan blog aku ni..baik kegembiraan,kedukaan,kejahilan,keinsafan dan macam myacam lagila.Tapi takkan aku nak cerita dengan korang pulak,mana boleh..my life is my secret must private bukan untuk bacaan awam...hehe,jangan marah ye..