"

Image Hosted by ImageShack.us

Selasa

Malaysian Radio V4 Black Edition


Sebelum ni aku ada update perisian radio ni dalam bulan ogos tahun lepas dan kali ni aku sarankan korang mana yang dah pakai version Malaysian Radio V3 eloklah rasenye pakai yang baru ni iaitu version Black Edition V4 sebab aku rasa lebih stabil dan banyak error yang telah diperbaiki tapi macam biasalah perlukan sambungan internet dan hampir keseluruhan stesyen radio seluruh malaysia ditambah termasuk Sabah dan Sarawak dan sebelum terlupa kalau ada di antara korang yang menggunakan operating system Windows 7 sila open menggunakan Run as adminstrator

download link

http://www.mediafire.com/?zzdm52lyjnn

Stuxnet Era Perang Cyber

Kecoh di dada akhbar mahupun di media cyber tentang Virus Stuxnet yang dikenali juga sebagai Winsta atau Tmphider yang menyerang pada bahagian industri sehingga membabitkan kepada sumber tenaga terutamanya dalam sektor Industri Tenaga Nuklear dan mula dikesan pada 20 Jun 2010 oleh VirusBlockAda,sebuah syarikat keselamatan yang berpusat di Belarus.Iran juga telah diserang oleh virus tersebut iaitu pada Loji Kuasa Nuklear,Bushehr dan juga menjangkiti hampir 45,000 jaringan internet diseluruh dunia dan dalam masa yang sama pihak mereka juga tidak bersedia membahaskan isu tersebut buat masa ini.

Menurut Ralph Langner dari Ahli Kawalan Keselamatan Industri Jerman mengatakan sasaran cecacing tersebut disasarkan pada Perisian Siemens AG WinCC software yang digunakan untuk menjangkiti sistem peralatan industri tersebut bagi tujuan menghancurkan kemudahan Nuklear Iran dan sekaligus boleh meledakkan penghasilan bahan Nuklear jika virus tersebut berjaya mengambil alih dan dalam masa yang sama menghancurkan sistem yang sedia ada.David Emm,seorang senior Peneliti Keselamatan Kaspersky menyatakan apa yang membuatkan Stuxnet berbeza dari virus lain adalah virus tersebut dapat menyerang dengan sendirinya tanpa dikawal oleh sesiapa dan berupaya memindahkan segala data kepada pihak yang terbabit jika IP diaktifkan dan mampu memprogram semula Programmable Logic Controller(PLC)dan perubahan tersebut tidak dapat dilihat


Kebanyakkan sistem komputer di Iran dan di negara lain yang menggunakan perisian Siemens SCADA(supervisory Control and Data Acquisition)sistem ini menjadi sasaran paling utama dan jika semua Internet Provider (IP) telah dibersihkan namun ancaman virus tersebut tetap ada.Stuxnet adalah virus canggih dan ia dicipta bukan sekadar joke tapi dihasilkan bagi menghancurkan sistem yang digunapakai pada sesebuah industri yang melibatkan sektor tenaga terutamanya Nuklear dan sumber tenaga yang lain bagi tujuan melumpuh dan memusnahkan keperluan sesuatu bekalan tenaga serta beberapa fungsi yang lain.

Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh penganalisis keselamatan tempatan yang menyatakan bahawa virus tersebut bukanlah dicipta oleh individu atau penggodam biasa tetapi ia mungkin di bawah seliaan satu badan organisasi atau pun sesebuah negara,contohnye AS atau Israel yang sememangya dikecam hebat dalam isu serangan virus tersebut tetapi disangkal oleh pihak yang bersekutu,akan tetapi bila dikaji kembali faktor serangan virus tersebut dan tujuan serta tempat yang diserang memang tidak mustahil ia adalah di bawah satu organisasi tertentu dalam serangan yang dilakukan dan secara logik akan melahirkan Era Perang Cyber didalam ruang medan elektronik yang tiada bersempadan dimana keperluan gadget-gadget elektronik menjadi keperluan asas dalam kehidupan umat manusia di kala ini dan secara langsung juga menjadi jalan pintas bagi memudahkan lagi serangan cecacing pada perisian yang berkaitan serta hala tuju serangan tersebut.

Bagi pendapat aku pula,Virus Stuxnet bukanlah satu virus yang mengerikan dan ia sebenarnya mungkin juga langkah pertama bagi menguji tahap keselamatan dan kekebalan sesuatu perisian dan juga kemampuan virus tersebut dalam menyerang sistem yang digunapakai bagi sesebuah negara yang dikenalpasti sebagai sasaran dan serangan kali pertama juga mungkin mengumpul maklumat yang sedia ada bagi melancarkan serangan kali kedua dan mungkin lebih jahat dari Stuxnet seperti yang kita ketahui pada waktu sekarang.


Tiga Perisian Yang Mengenal Stuxnet Dengan Nama Yang Berbeza
Kaspersky Lab mengenalinya dengan nama Trojan_Dropper.Win32.Stuxnet.e
McAfee mengenalinya dengan nama Stuxnet
Microsoft mengenalinya dengan nama Trojan-Dropper.Win32.Stuxnet.A

Sabtu

Adolf Hitler


Sebut saja pasal perang mesti tak terlepas tentang kematian,kerosakan harta benda,kebuluran,peyiksaan dan bermacam-macam lagi,bagi aku bila bab perang ni..lebih-lebih lagi kalau perang dunia mesti aku teringatkan seorang pemerintah Nazi Tentera German iaitu Hitler,yup...Adolf Hitler dan banyak masyarakat dunia tak tahu sejarah yang dirahsiakan tentang Hitler ni dan aku dengar pasal kekejaman A.Hitler ni sejak di bangku sekolah lagi,tetapi ada yang dirahsiakan dari pada dunia tentang Adolf Hitler ni baik dari segi bala tenteranya,kehidupannya,corak pemerintahannya dan juga hubungan beliau dengan pemimpin-pemimpin Negara Islam..sape yang tahu kan dan sebab itulah ia salah satu sejarah dunia yang mesti dirahsiakan,mengapa.....?semuanya ada kepentingan baik bagi sesebuah negara mahupun dalam memesongkan sesuatu kebenaran dan kebaikan.



Sebenarnya ada banyak versi tentang A.Hitler ni,pernah juga diceritakan kebanyakkan anggota Tentera German dalam pemerintahan A.Hitler
ni adalah beragama Islam malah
membenarkan tenteranya yang beragama Islam menunaikan solat berjemaah dan mempunyai hubungan baik dengan
pemimpin-pemimpin negara Islam.(antara fakta yang tidak
dimasukkan dalam sejarah)

Kehidupan Adolf Hitler

Dilahirkan pada 20 April 1889 jam 06:30 di Braunau Am Inn,Austria berhampiran sempadan German di Bavaria.Bapanya Atlois Hitler seorang Pegawai Kastam dan ibunya Klara Polzl seorang surirumah dan mempunyai 2 orang abang dan 1 kakak tetapi meninggal ketika di usia masih kecil.A.Hitler juga meminati lukisan dan nyanyian ketika di bangku sekolah serta lantang berpidato.Mula menyertai tentera ketika Perang Dunia Pertama dan tugas beliau yang pertama adalah penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16.

















Adolf Hitler Dalam Perang Dunia ke 2

Pada September 1939,A.Hitler menyerang Poland dengan taktik blitzkrieg (serangan Udara,Darat secara mengejut)Bagaimanapun serangan terhadap Poland telah membangkitkan kemarahan dari musuh2nya iaitu Perancis dan British dan mengumumkan perang terhadap German dan bermulanya era Perang Dunia ke 2.Setelah sekian lama berperang dan mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran dan menyedari kekalahan tidak boleh dielakkan,Hitler telah mengahwini wanita simpanannya Eva Braun,lalu membunuh diri bersama-sama dan mayatnya dibakar bagi mengelakkan jatuhnya ke tangan musuh.


Jumaat

Fast Video Downloader Mozilla Add-ons


Kebiasannya banyak aplikasi2 yang dipasang pada OS bagi memenuhi keperluan pengguna contohnya macam audio/video converter dan yang lain2 termasuk juga aplikasi muat turun dan secara tidak langsung mengurangkan lagi ruang storan PC korang.


Sebut pasal downloader,untuk muat turun video aku sarankan satu add-ons
yang boleh di pasang pada browser mozilla korang iaitu fast video download dan hanya klik pada ikon yang telah dipasang pada browser jika ingin memuat turun sesuatu video dan ikon add-ons ini akan berkelip bile sesuatu video boleh dimuat turun.



Download links (aku tak pandai nak embed kod download)

Khamis

Buangkan Windows Genuine Advantage Notifications


Kerap kali aku dihadapkan dengan masalah windows yang berkaitan dengan windows not genuine daripada rakan2 dan juga customer,ade sesetengah tu pula PC yg same yang pernah aku reprogram dan bile aku tanye ade ke update windows,perilaku yang same aku tengok gelengkan kepala diorang mungkin tak faham kot ape yang aku katakan

Bila terjadi hal-hal sebegini PC akan menjadi perlahan dan mungkin ada juga masalah-masalah yang akan bersangkut paut dengan perisian yang lain dan pernah aku dengar dari kengkawan ade yang pernah kena saman dengan Microsoft sebab update windows yang dicetak rompak..mesti korang pelikkan macam mane pihak Microsoft dapat detect perisian tu cetak rompak dan lepas tu pulak ade surat saman yang sampai depan pintu rumah korang..tak payah le korang pelikkan.

Sesetengah user bile nak selesaikan pasal notifications genuine ni diorang akan format terus PC,leceh tu..jom selesaikan masalah ni

Cara-caranya:

Buka tetingkap Command Prompt dengan mengklik Start -> Run. Taip "CMD" dan tekan OK.

Tukar direktori ke dalam folder System32 (taip cd \ windows \ system32)

Buka tetingkap Notepad dan taip baris berikut:
  • taskkill-IM WgaTray.exe
  • del WgaTray.exe
  • del wgalogon.old
Sorot dan menyalin tiga baris di atas ke Clipboard.

Paste isi Clipboard ke Command Prompt.

Secara langsung akan mematikan wgatray proses. exe dari Taskbar dan akan menghapus file dari WgaTray.exe dan WgaLogon.dll

Jika tidak berfungsi cuba cara ni pulak:

Pergi ke start - search pilih fail and folders
taip pada ruangan pertama "WgaLogon.dll." pilih partition C - search

Selepas tu korang akan terjumpa fail yang bernama
"WgaLogon.dll." dan rename kepada "WgaLogon.dll.bak" and then restart.

Sabtu

Ramalan Cuaca Dalam Firefox Dengan Add Onn






Korang tak bengang ke bile kereta atau motosikal yang korang basuh sampai berkilat dan lepas tu siap polish lagi body dengan tayar korang dan tiba-tiba hujan turun dan lalu pulak kawasan berlumpur..aku sendiri pun berangin,yang keluar bawa awek naik motor usah cakap le kan..kan


Kalau nak follow tiap-tiap malam ramalan cuaca kat tv tu aku sendiri pon malas nak tengok, aku pulak bukan jenis yang ngadap tv 24jam apetah lagi nak follow cerita-cerita yang skripnya sama dengan drama-drama yang lain..nyampah betol,baik layan cerita kartun boleh jugak layan gelak sensorang


Pade korang yang pakai browser firefox macam aku ade satu add-onn yang aku pakai iaitu AniWeather 0.7.4 just add kat web firefox dan add-onn tu akan terus dipasang pada browser selepas korang restart browser firefox tersebut dan pada permulaan lokasi untuk Malaysia memang tiada dan terpaksa aturan tersebut dilakukan sendiri..senang je tu takkan semua aku nak tunjuk..kan..kan


Download links (aku tak pandai nak embed kod download)
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/12331/

Khamis

Set Wallpaper Windows 7 Starter




Malas betul nak layan keje pagi ni,maklumlah time waktu camni la pegawai-pegawai akan memperlihatkan kelibat diorang tapi bukannya ade ape pun bagi diri aku cuma tak suka kerja aku diperhatikan...bagi kaki ampu tu aku tak tau la.Tengah stim layan keje pagi tu pakcik aku call suruh setup latop yang baru dia beli dan kebetulan pulak esoknye aku cuti dan ke UKM Bangi le esoknya dan disamping tu boleh la ziarah aweks-aweks UKM yang perasan cun.

Agak lama aku tinggalkan windows tapi bukan niat nak memperlekehkan microsoft dan pada sesetengah user ni bile diperkenalkan dengan Linux atau operating system yang lebih baik daripada windows akan terkeluar pada mulut memasing akan kelemahan windows serupa itu kacang lupakan kulit dan sesetengah user lupa yang diorang ni banyak belajar daripada windows.

Windows 7 siapa yang tak kenalkan tapi untuk windows 7 starter ni setup themes dan background memang tiada dan aku sendiri pun tak tau tentang ni dan pade mulanya aku ingat kesengalan aku yang menjadi punca,maklumlah dah lame berpisah dengan windows..

Bagi user yang menggunakan windows 7 starter ni untuk background boleh la menggunakan satu perisian untuk menukar background pada PC korang dan edit pada registry juga boleh digunakan tapi untuk memudahkan aku rase lebih elok gunakan pada perisian.

W7SBC.rar (192.7 KB)

http://www.mediafire.com/?zrwtygnwtmn

Selasa

Audio Converter Linux(Ubuntu)


Bagi user yang baru bermesra-mesraan dengan Ubuntu ni kebanyakkannya takkan padamkan terus Windows pade komputer diorang dan dual boot akan dilakukan antara Windows dan Ubuntu.Ini juge disebabkan ade sesetengah perisian yang tiada dalam Ubuntu..contohnya aku ambik bahagian untuk Audio Converter..



Dalam Ubuntu sebenarnya telah disediakan dibahagian Add/Remove pada Applications hanya taip bahagian search audio converter seperti diatas..dan enter..pastikan internet korang dalam sambungan ini kerana setiap perisian yang kita mahu memerlukan sambungan internet.



Setelah selesai memuat turun aplikasi tu korang boleh tengok perisian tu di application bahagian sound&video dan kali pertama korang pakai perisian ni,convert untuk mp3 memang tiada dan hanya terdapat format (.ogg) (.flac) dan (.wav)..


Untuk mp3 korang kena muat turun pade links yang diberikan dibawah sekali pada bahagian edit,preferens dan browser korang secara auto akan membuka satu laman untuk korang dapatkan convert untuk mp3 tersebut mengikut operating system yang korang pakai,contohnye ubuntu dan tak kiralah version ape yang korang pakai pun..


Untuk melihat senarai convert tersebut,restart semula perisian tersebut dan pergi ke bahagian edit pilih preferens dan di situ ade senarai pilihan untuk audio convert termasuk directory folder untuk korang tempatkan file yang telah di formatkan mengikut kesesuaian korang.

Rabu

Aku Linux dan Kehidupan


Lame gile aku tak update blog ni,ye gile dengan keje aku..gile dengan PC aku..gile dengan PC customer yang nak di repair sampai tak terlayan,dalam mase yang same aku belajar buat setup networking kat cybercafe member aku dan satu budaya baru yang aku bawak kat situ bile aku cadangkan pade member aku supaya gunakan Operating System berasaskan Linux iaitu Ubuntu 9.04 dan agak buntu jugak bebudak kampung kat situ bile tengok operating system berasaskan Linux ni,yelah kebanyakan cybercafe kat malaysia ni semuanye berasaskan Windows iaitu pade bahase harian aku bermaksud Tingkap..dan pengasasnye adalah Bill Gates iaitu pagar dan aku rase kalau Steve Jobs tau pepatah melayu dalam istilah pagar ni mesti beliau akan menggunakan pepatah yang berbunyi "harapkan pagar,pagar makan padi pade Bill Gates dan mungkin korang akan faham kalau korang tau sejarah Bill Gates dengan Steve Jobs dan programer microsoft ni kebanyakkannye daripade India..patutla senang kene hack tapi bukannye bermaksud nak memperlekehken tapi "kenyataannye.."

Pade korang yang nak tau sesangat ape kelebihan Linux ni aku ceritakan sikit salasilah Linux ni dalam budaya komputer yang agak menular dikalangan pengguna komputer yang tegar..skema pulak bahase,senang citer aku detailkan pade Ubuntu iaitu pengasasnye adalah orang Afrika..untuk versi Ubuntu ni aku kurang pasti daripade versi ape die keluar dan ape yang aku tahu ia mula dikeluarkan pade tahun 2007..time tu satu mende pun aku tak tahu ape itu komputer dan virus,kan ke sengal namenye tu..




Virus
Mesti korang menyampahkan bile dengar menatang ni,satu perisian jahat yang boleh memusnahkan system dan data yang terdapat pade komputer korang.Dalam Ubuntu takde istilah Antivirus maupun Malware dan Spyware,ini disebabkan virus dicipta untuk memusnahkan windows dan menyerang pada system registery yang berkonsepkan.exe dan kebanyakan virus suke menyamar berkonsepkan file.exe dalam windows,manakala Ubuntu tidak memiliki system registry tp bukan bermaksud tiada virus untuk Linux ni tapi kebarangkaliannye agak tipis dalam erti kate Ubuntu tidak memerlukan Antivirus dan aku telah memakai perisian ni selama 2 tahun tanpa sebarang perisian Antivirus dan alhamdulillah tiade ralat maupun error pade mane2 system..kan dah save satu bajet..

Driver
Seperti Windows memerlukan driver tiap kali ingin memasang sesuatu perkakas dan juga apabila selesai memformat sebuah PC/Laptop..tp bagi Linux(Ubuntu) driver bukan masalah,salah satu contoh aku menggunakan broadband dan memerlukan driver bile dipasang dalam windows tapi bagi Linux tidak perlukan sebarang driver hanya setup di bahagian Network dan pilih operator ape yang korang pakai,termasuk juga printer..



Perisian
Bagi menggunakan ape2 aplikasi Linux(Ubuntu)telah menyediakan satu bahagian untuk korang tambah atau cari yang telah disediakan di bahagian aplikasi dan pade korang yang biase mengunakan Yahoo Messenger di dalam Linux(Ubuntu)telah disediakan satu perisian iaitu Pidgin mungkin pade kali pertama rase janggal menggunakannye..manakala untuk melayari internet telah diberikan Mozilla Firefox a.k.a musang berapi..untuk kegunaan office pula boleh menggunakan Openoffice.org..dan yang menarik Linux(Ubuntu)ade Gadgets Desktop mereka sendiri,korang ingat Windows je ade gadgets..


Wine
Seperti Linux(Ubuntu)perisian Windows tidak boleh dipasang didalam Linux seperti Games dan aplikasi yang berkaitan dengan Windows,tetapi boleh dijalankan dengan perisian Wine..perisian ni membolehkan aplikasi Windows dipasang pade Linux(Ubuntu) tetapi Wine kini masih belum stabil ini kerana hasil daripade ujian yang aku lakukan masih ade perisian Windows yang gagal dijalankan dalam Linux(Ubuntu) contohnye seperti Yahoo Messenger dan yang lain-lain..

Jadi pada korang yang berminat pade distro Linux ni tak salah kalau nak mencuba,aku dulu pun sengal jugak bab Linux ni dan sekarang masih cari dan mengkaji kelebihan Linux ni lebih2 lagi pade Network dan Security termasuk juga bab Root dan penggunaan Terminal..