"

Image Hosted by ImageShack.us

Sabtu

Driver Max





Pemacu peranti dalam sesebuah perkakasan komputer amatlah penting lebih-lebih lagi kalau melibatkan perkakasan lama mungkin amat susah bagi sesetengah pengguna untuk mencari driver tersebut dan apatah lagi jika membeli sebuah komputer terpakai dan sememangnya tidak disertakan sekali driver dan ini memberi risiko kepada kita jika terjadi perkara yang tidak diingini pada os komputer tersebut apabila terpaksa memformat komputer tersebut

Bagi yang mempunyai cd driver mungkin tidak mempunyai sebarang masalah,tetapi bagaimana pula yang tidak mempunyai driver tersebut ataupun cd driver yang telah rosak yang sememangnya tidak boleh di baca oleh cdrom sesebuah komputer dan ini tentu lebih merumitkan lagi keadaan..jadi di sini aku bagi satu perisian yang boleh menyimpan driver sebelum memformat sesebuah komputer

Download link
http://small.drivermax.com/soft/dmx/drivermax.exe

Isnin

Windows 8







Baru-baru ini sedang hangat diperkatakan tentang Windows 7 yang baru
saja dilancarkan pada 22 oct 2009 oleh microsoft,dan aku sendiri pun telah cuba
menggunakan Windows 7 RC beta pada Jun lalu..agak memuaskan dan selepas
sebulan menggunakan Windows 7 aku beralih balik ke WinXp..mengapa...??

Tak perlu aku terangkan di sini kerana masing-masing ada pendapat dan citarasa sendiri.
Dalam hampir kesemua masyarakat dunia sibuk dengan Win 7 ni..pihak microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak membimbangkan bagi aku iaitu Windows 8 [128bit] Beta akan dilancarkan pada 2012 apabila pihak microsoft juga mengakui mereka akan melancarkan os baru setiap 3tahun

Amat mengujakan,tapi sejauh manakah Intel dan AMD mempersetujui
Win 8 128bit ini sedangkan Win 7 64bit pun masih lagi dalam permasalahan dari segi
driver dan juga perisian-perisian yang lain,tp bagi aku Intel dan AMD pasti setuju
kerana ini juga adalah sebahagian strategi perniagaan dari Bill Gates
Contoh kate dari segi PC yang menggunakan tv/radio card dan user-user ni terpaksa mencari
driver untuk 128bit ini..tetapi adakah pihak yang mengeluarkan produk ni
akan mengeluarkan driver yang selaras dengan Win 8 128 bit?
dan apakah keuntungan bagi mereka kalau hendak di bandingkan dengan microsoft?
dan adakah komputer yang sedia ada ini menerima 128 bit tersebut?
bagi aku sendiri "TIDAK"

Satu perkembangan yang agak sihat
tapi sejauh manakah kemampuan sesebuah perisian ni
mampu memuaskan hati pengguna..lihat saja apa yang jadi pada Windows ME..
terlampau mengejar sesuatu yang baru dalam meletakkan microsoft pada
millenium OS..Windows ME sendiri telah menjadi saksi kegagalan kerana dikeluarkan
dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengira aspek kestabilan dalam perisian tersebut
yang penting bagi microsoft adalah mellinium bagi os mereka
bukannya kepuasan dan kestabilan bagi produk mereka
tetapi money millenium untuk microsoft.

Bagi memperbaiki segala kekurangan dalam Windows Mellinium,Windows Xp telah dikeluarkan
dengan hampir sempurna tetapi masih dalam peringkat yg kurang memuaskan seperti "not Responding"system registery yg senang digodam baik dari segi user atau virus.Sekali lagi juga microsoft telah mengeluarkan Windows Vista dengan interface yang amat menarik,ini juga adalah sebahagian strategi pihak microsoft dalam menarik minat pengguna Mac os dengan interface vista yg menarik..tetapi microsoft silap,ini kerana bukanlah interface yang menarik untuk menggunakan sesebuah os..tetapi adalah kestabilan dalam sesebuah operating system tersebut..

Ahad

LunarScape5

Image Hosted by ImageShack.us
Bila disebut tentang pelayar web,mesti terlintas di fikiran semua orang seperti Internet Explorer,Mozilla FireFox,Google Chrome,Nestcape,Opera dan sebagainya..
Baru2 ni satu pelayar web baru telah dikeluarkan oleh LunarScape5 telah pun melancarkan pelayar baru mereka yang terdiri daripada 3 gabungan search engine iaitu:

Trident, Gecko dan Webkit

Image Hosted by ImageShack.us

Seperti yang kita semua tahu ataupoun sememangnya korang tak tau pun

*Internet Explorer menggunakan Trident
*Mozilla FireFox menggunakan Gecko
*Google Chrome pula mengunakan Webkit

Image Hosted by ImageShack.us

Dengan ketiga-tiga gabungan search engine ini juga boleh melambatkan ketidakseimbangan pelayar tersebut kerana perlu dirender sebanyak 3kali,tetapi masalah sedemikian tidak wujud.Menurut benchmark yang dilakukan LunaScape5 boleh mengalahkan pelayar2 web yang lain dengan mudah dan juga ada menyediakan kemudahan untuk pembina laman web dalaman..

Untuk mencuba korang boleh le download perisian tu di sini
http://www.lunascape.tv/Download/tabid/59/Default.aspx