"

Image Hosted by ImageShack.us

Jumaat

Get Ubuntu 9.04 (Jaunty Jacklope) From the Website







Kebanyakkan pengguna Ubuntu dari Linux kini terpakasa mendownload os tersebut dan ini menyukarkan lagi sesetengah individu untuk menggunakan os tersebut,lebih-lebih lagi apabila talian internet menjadi agak perlahan sehingga menyukarkan untuk mendownload os
ni..dan faham-faham jelah talian internet kat malaysia ni..akibatnya lupakan sahaja..

Bagi yang memang berminat untuk menggunakan Ubuntu ni aku sarankan dapatkan terus dari website mereka dan register terlebih dahulu.Urusan penghantaran dalam masa 2minggu dan ianya PERCUMA..!!

Get Ubuntu 9.04(Jaunty Jacklope) Desktop Edition & Server Edition

https://shipit.ubuntu.com/

Rabu

Erti Ramadhan



Diam tak diam tinggal beberapa hari saja lagi untuk umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubaraq seperti yang dilakukan umat-umat yang terdahulu dalam menunaikan Rukun Islam yang ke-3.Aku mula belajar berpuasa pada umur 5tahun,itu pun sekadar hendakkan upah daripada orangtua aku dan nampak sangat aku tidak tahu apa itu erti Ramadhan dan berpuasa..

Namun sejauh manakah kita sebagai umat Nabi Muhammad menyedari kedatangan bulan yang penuh mulia ini di mana segala nikmat amal yang kita kerjakan berlipat kali ganda ini berbeza pada hari-hari yang lain atau sekadar mengerjakannya tanpa rasa tanggungjawab dan kesedaran sebagai umat islam iaitu salah satu umat Nabi Muhammad yang paling mulia di sisi Allah s.w.t...dan seberapa ramaikah umat manusia yang gembira di atas kedatangan Ramadhan dan berapa keratkah yang merasa hiba di atas pemergian Ramadhan apabila menjelangnya syawal nanti..

Aku bukanlah seorang yang pandai sangat dalam hal selok belok agama ni,cuma hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap dunia hari ini yang lebih mementingkan keduniaan berbanding amalan yang kita bawa apabila di sana nanti..semoga kita semua mendapat hidayah serta rahmat darinya sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba dan aku bersyukur di beri kesempatan sekali lagi oleh Allah s.w.t untuk melalui bulan yang penuh makna ini dalam menambah dan memperbaiki tatasusila keimanan kita padaNya..

Niat Puasa


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Maksudnya:“Sahaja aku niat puasa fardu Ramadan untuk esok hari bagi tahun ini kerana Allah Taala”


Niat Berbuka Puasa


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Ahad

Sure Pekat Final 2009 K.Lipis..Pahang



14 Ogos 2009..Habis je keje syif petang terus aku pulang ke rumah,kebetulan pulak ari tu cepat pulak keje selesai jadi sempat jugak aku sediakan ape yang patut untuk ke Pahang walaupun letih aku tak kisah.Segala persiapan telah kiteorang aturkan dan aku terpaksa ambik diorang ni dari rumah ke rumah sebab pakai kereta aku,cam dato je korang ni ekk siap nak berjemput..heehe

Tepat jam 1200 kiteorang bergerak,dan sepanjang perjalanan tu takdelah boring sangat sebab member2 aku ade yang kaki menyakat,so huru haralah jugak dalam kete time tu walaupun memandu waktu tengah malam sampaikan minah-minah tol pon diorang kacau..mane la tau jumpa calon ke,hehee..camtu pon boleh ke..sepanjang perjalan tu roadblock usah cakaple memang ade..polis tu pon kiteorang sakat gak..hehe,mesra alam la katekan erkk..!!betul kee

Pukul 0300 kiteorang sampai kat hentian rehat Genting Sempah,kire tempat yang agak popular jugak dikalangan pengguna lebuhraya yang nak menghala ke Kuantan..kebetulan plak perut tengah kosong sebab sepanjang perjalanan tu hujan,member aku yang lain semua minum je aku sorang yang bantai makan nasi..hajat hati nak tambah lagi sepinggan segan plak..bila dah makan ni pepaham jelah mata mesti dah kuyu mengalahkan ikan puyu so aku suruh pakcik aku drive plak,haha sian dia kene buli ngan anak buah..lepas makan tu kiteorang teruskan perjalanan dan keadaan jadi senyap le pulak,mane taknye diorang semua bantai tido termaksuklah aku sekali..tinggallah pakcik aku yang memandu dalam kesepian bertemankan mp3 yang aku letak dalam pendrive kat radio tu..

Lebih kurang jam 0530 kiteorang sampai Pekan Kuala Lipis,Pahang..nak dekat subuh rupenye dan terus menghala ke masjid dan aku ambik kesempatan tu terus pegi mandi dan hari tu jugak 1st time aku sembahyang kat masjid pakai kain pelekat,lebih 10 kali le jugak aku mintak pendapat pakcik aku pasal kain pelekat yang aku pakai ni ok ke tak..selesai solat berjemaah aku ngan kengkawan standby ape yang patut dan terus pegi cari kedai makan,mase kat kedai makan tu kiteorang semua pekena nasi lemak..sedap gak nasi lemak pekan lipis ni..sambil makan tu member aku sorang ni tak habis2 menyakat member aku yang sorang tu..sampaikan makcik yang berniaga tu naik pelik binti ajaib..

Lebih kurang jam 1030 tu Band aku (METAFORA) mendaftarkan diri dan mendapat tempat yang ke-3 untuk menunjukkan persembahan,urusan pendaftaran amat mudah bagi kiteorang sebab brader yang anjurkan even ni member kiteorang jugak..iaitu Brader Amin salah seorang owner web site http://www.kumprinx.com/...sebelum membuat persembahan band masing-masing,semua band dikehendaki melakukan soundcheck tapi aku tak check pon jadi aku suruh gitaris aku check untuk mic..bukannye ape aku ni pemalu sikit,cehh...ini macam orang pon ada kaa...hehee,tapi kalau korang nak tau aku sorang je vocalis time tu yang menyanyi pakai lirik letak kt depan...kahkahkah..!!cam budak darjah satu je perangai..tak rock langsung


Tepat jam 1230 tibalah masa band aku beraksi dan time tu lah pulak mate aku ni buat hal,mengantok betul..tapi bile nama band aku disebut hilang terus bab mengantuk ni,timbul terus rasa perasaan gemuruh..kepala lutut usah cakaple,macam nak tertanggal dibuatnye..untuk pertama kalinya aku menyanyikan lagu Wings-Intanku Kesepian dan diikuti lagu B.P.R-Dajal,Search-Kejora dan jugak Wings-Bujang Senang walaupun aku sendiri bukan seorang bujang yang senang dengan wang ringgit..dan masa hahaa..


Sebenarnya aku berpuashatilah jugak sebab band aku mendapat sambutan yang agak baik,lebih-lebih lagi time lagu Wings-Intanku Kesepian dan aku pulang dengan rase yang teramatlah puas..lebih-lebih lagi event ini adalah yang terakhir yang dianjurkan kumprinx..walauapapun banyak yang aku belajar sepanjang mengikuti aktiviti event ni setiap tahun,sebelum terlupa nama event yang aku ikuti setiap tahun ni adalah SURE PEKAT dan aku tak tau kenapa dinamakan sebegitu..dan apa yang penting aku dan band aku dapat membuatkan satu persembahan yang amat baik dan tepukan dari penonton disitu akan aku ingat sampai bila-bila..

*Review pasal band aku (METAFORA) Sure Pekat 2005

http://kumprinx.blogspot.com/2005/06/full-report-part-iii-showdown-in.html

Jumaat

Get Fedora 11 Desktop Edition Now



Baru-baru ini saudara yang terbaru dari Linux iaitu Fedora..Fedora 11 Desktop Edition telah menampilkan versi terbarunya bagi open source software

Fedora yang datang dengan semua kelas dunia softwares Word untuk pengolahan, pengembangan software, multimedia, Grafik, Game, Sistem utilitis, Pengembangan alat-alat elektronik, Scientific tools, database, server dan cool 3D desktop.

690MB, ISO format, 1 CD-ROM disc image for Intel-compatible PCs (32-bit)

Download Link

http://fedoraproject.org/get-fedora

Khamis

Malaysian Radio V3

Image Hosted by ImageShack.us
By afizsxp
Lame jugak dah updated blog ni,kalau rumah dah bersawang gamaknya..kali ni pade korang yang memang suka layan radio aku syorkan download satu software untuk radio online

Download Link

http://www.mediafire.com/?2yfim3ynxzo