"

Image Hosted by ImageShack.us

Rabu

Erti Ramadhan



Diam tak diam tinggal beberapa hari saja lagi untuk umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubaraq seperti yang dilakukan umat-umat yang terdahulu dalam menunaikan Rukun Islam yang ke-3.Aku mula belajar berpuasa pada umur 5tahun,itu pun sekadar hendakkan upah daripada orangtua aku dan nampak sangat aku tidak tahu apa itu erti Ramadhan dan berpuasa..

Namun sejauh manakah kita sebagai umat Nabi Muhammad menyedari kedatangan bulan yang penuh mulia ini di mana segala nikmat amal yang kita kerjakan berlipat kali ganda ini berbeza pada hari-hari yang lain atau sekadar mengerjakannya tanpa rasa tanggungjawab dan kesedaran sebagai umat islam iaitu salah satu umat Nabi Muhammad yang paling mulia di sisi Allah s.w.t...dan seberapa ramaikah umat manusia yang gembira di atas kedatangan Ramadhan dan berapa keratkah yang merasa hiba di atas pemergian Ramadhan apabila menjelangnya syawal nanti..

Aku bukanlah seorang yang pandai sangat dalam hal selok belok agama ni,cuma hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap dunia hari ini yang lebih mementingkan keduniaan berbanding amalan yang kita bawa apabila di sana nanti..semoga kita semua mendapat hidayah serta rahmat darinya sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba dan aku bersyukur di beri kesempatan sekali lagi oleh Allah s.w.t untuk melalui bulan yang penuh makna ini dalam menambah dan memperbaiki tatasusila keimanan kita padaNya..

Niat Puasa


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Maksudnya:“Sahaja aku niat puasa fardu Ramadan untuk esok hari bagi tahun ini kerana Allah Taala”


Niat Berbuka Puasa


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan