
Menurut Ralph Langner dari Ahli Kawalan Keselamatan Industri Jerman mengatakan sasaran cecacing tersebut disasarkan pada Perisian Siemens AG WinCC software yang digunakan untuk menjangkiti sistem peralatan industri tersebut bagi tujuan menghancurkan kemudahan Nuklear Iran dan sekaligus boleh meledakkan penghasilan bahan Nuklear jika virus tersebut berjaya mengambil alih dan dalam masa yang sama menghancurkan sistem yang sedia ada.David Emm,seorang senior Peneliti Keselamatan Kaspersky menyatakan apa yang membuatkan Stuxnet berbeza dari virus lain adalah virus tersebut dapat menyerang dengan sendirinya tanpa dikawal oleh sesiapa dan berupaya memindahkan segala data kepada pihak yang terbabit jika IP diaktifkan dan mampu memprogram semula Programmable Logic Controller(PLC)dan perubahan tersebut tidak dapat dilihat

Kebanyakkan sistem komputer di Iran dan di negara lain yang menggunakan perisian Siemens SCADA(supervisory Control and Data Acquisition)sistem ini menjadi sasaran paling utama dan jika semua Internet Provider (IP) telah dibersihkan namun ancaman virus tersebut tetap ada.Stuxnet adalah virus canggih dan ia dicipta bukan sekadar joke tapi dihasilkan bagi menghancurkan sistem yang digunapakai pada sesebuah industri yang melibatkan sektor tenaga terutamanya Nuklear dan sumber tenaga yang lain bagi tujuan melumpuh dan memusnahkan keperluan sesuatu bekalan tenaga serta beberapa fungsi yang lain.
Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh penganalisis keselamatan tempatan yang menyatakan bahawa virus tersebut bukanlah dicipta oleh individu atau penggodam biasa tetapi ia mungkin di bawah seliaan satu badan organisasi atau pun sesebuah negara,contohnye AS atau Israel yang sememangya dikecam hebat dalam isu serangan virus tersebut tetapi disangkal oleh pihak yang bersekutu,akan tetapi bila dikaji kembali faktor serangan virus tersebut dan tujuan serta tempat yang diserang memang tidak mustahil ia adalah di bawah satu organisasi tertentu dalam serangan yang dilakukan dan secara logik akan melahirkan Era Perang Cyber didalam ruang medan elektronik yang tiada bersempadan dimana keperluan gadget-gadget elektronik menjadi keperluan asas dalam kehidupan umat manusia di kala ini dan secara langsung juga menjadi jalan pintas bagi memudahkan lagi serangan cecacing pada perisian yang berkaitan serta hala tuju serangan tersebut.

Tiga Perisian Yang Mengenal Stuxnet Dengan Nama Yang Berbeza
Kaspersky Lab mengenalinya dengan nama Trojan_Dropper.Win32.Stuxnet.e
McAfee mengenalinya dengan nama Stuxnet
Microsoft mengenalinya dengan nama Trojan-Dropper.Win32.Stuxnet.A