
Salam..petang yang agak membosankan
dari jam 8pagi sampai la 4ptg..
perkara yang aku buat
*Ngadap laptop aku
*Updated Blog
*Dok terperap dalam bilik cam jeruk kene peram
*Jam 6ptg sepupu aku datang ajak minum..
Kiasan Diri..
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu mempersia2kannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL




siap updated aku layan laptop aku pulak,time camnilah aku nak cek e-mail ke atau ape2 yang patut..lagipun jam dah 02.00 pagi dan mate masih tak mengantuk lagi...kekadang tu bila duduk berjaga waktu tengah malam camni biasanye aku siapkan salah satu PC costumer yang dah agak menyemak kat ruang tamu rumah aku ni,memandangkan semuanya dah siap dibetulkan dan takde ape yang nak dibuat,mulalah berangan yang bukan2..hikksss..hikks..


senang dengan muzik 80an di mana time tu ROCK memang tengah hangat kat malaysia ni sebagaimana hangatnye kuih apam balik kat kedai pak kasim kaki lima tu,heehe..kebanyakan remaja sekarang ni kurang k layan dengan muzik rockapak ni,alasannye?Lu pikirlah sendiri..bagi aku sendiri muzik tanahair banyak berkembang disebabkan pengaruh rock waktu tu,korang jangan ingat bile sebut irama rock je terus kat kepala otak memasing menciptakan perspektif negatif..ubah gaya pemikiran korang,tak guna kalau belajar tinggi2 sampai ijazah bergulung-gulung kalau tak pandai nak gunakan fungsi akal dengan sebaik mungkin,alamatnye negatif la jugak..lantak koranglah..tapi