"

Image Hosted by ImageShack.us

Jumaat

Doa Qunut


Salam..sementara nak tunggu waktu isyak ni,aku post satu doa dimana ada sesetengah kita pada ketika ini yang kantoi doa Qunut.Bukan maksud aku nak memperkecilkan sesetengah individu dalam bab ni,cume melahirkan pendapat aku hasil kajian yang aku dapat dari pengalaman rakan2 aku di kursus-kursus perkahwinan dan majlis akad nikah di mane ramai yang kantoi dalam doa Qunut bile tok kadi suruh bace doa ni,hehee...Mase sekolah rendah dulu,kalau tak kerana ustaz aku  yang  garang  tu..memang sampai sekarang pale otak aku benak pasal Doa Qunut,sekarang ni ALHAMDULILLAH..
 
Maksudnya: 
 
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.


Allah humah dini fiman hadait
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan