"

Image Hosted by ImageShack.us

Isnin

Apa Nak Jadi..








Hari ni cuti..kebetulan aku nak ambik member aku ni kat damansara,jadi kesempatan ni aku gunakan untuk ke sana..memandangkan aku janji dengan member aku jam 10.00 pagi terpakasalah aku gerak awal sikit..pepaham jelah damansara tu,time pagi camni memang sesak tahap gaban punye..lebih2 lagi lepas tol damanasara,sabo jelah..seperti biasa lepas isi minyak aku drive slow je malas nak bawak laju2..time tu plak lagu Agnes Monica,hehee..layan jiwang jap..

Mase tengah syiok drive tu aku perasaan ade kereta dengan lori treler ni memandu cam jalan bapak diorang punye tanah..aku bajet ni mesti ade yang jadi mangsa ni akibat 2 ekor pemandu yang tak bertimbangrasa atas keselamatan pemandu lain.Macam biase bila drive aku mesti perhatikan keadaan sekeliling sebab bile time sesak macam ni mesti ada perkara yang tak di ingini berlaku..entah macam mane treler yang memandu laju tu tiba2 brek mengejut dan kereta wira yang folow dari belakang tu pun brek mengejut dengan nak ambik side ke kanan hingga menyebabkan penunggang moto sebelah kereta wira tu terkejut...akibat daripada tu penunggang moto tu tercampak masuk ke lorong aku,ala-ala superman gitu..hehee,nasib baikla aku sempat brek dengan cepat2 memusing stereng rapat ke pembahagi jalan..kalau tak memang rangup le tulang penunggang moto tu kene pijak..tak sanggup weii nak cederakan orang..siann..entah bapak sape laa tu..

Time dia jatuh tertiarap tu aku tunggu le dia bangun..tak jgak bangun,sah memang pengsan mamat ni terpaksalah aku keluar dari kereta,time tu pintu aku dapat bukak sikit je..mane taknye pintu aku dapat bukak sikit je sebab dah rapat dengan pembahagi jalan tu..sekali aku tengok orang tua,kesian betol pakcik tu sampai tertiarap cam ikan masin kene jemur dan aku perasan mulut dia keluar darah,jangan ada kecederaan dalaman dah lee...lepas angkat pakcik tu ke bahu jalan aku tengok 2ekor pemandu sibuk bergaduh sesama sendiri,cam budak kecik daa..sementara ambulans/polis sampai baik aku blah,nanti tak pasal2 aku terbabit sama..dah le aku tak suka polis walaupun pakcik aku pegawai polis..hehe..tapi tak
bermakne aku tak suka pakcik aku..cume aku memang tak suke polis..

Tak sampai lima minit aku drive tu,aku perasan ada ambulans lalu..eloklah tu..tapi yang buat aku tergelak time tu,kenyataan pemandu treler india tu dia brek emergency sebab nak elak kucing..kahkahkahkah...mustahil la kucing nak melintas time jalan sesak camtu.Aku rase kalau ungka atau lembu yang orang cakap bangang tahap tungau pun tak nak melintas kalau sesak camtu,inikan plak kucing....hehee.......macam2 hal lah....dunia ni.

Moral of the story

p/s PATUHI HAD LAJU korang.

.

1 ulasan: