Lame betul aku tinggalkan blog ni..nak kate busy takde la sangat,senang cerita malas la..hehe,selalu aku dengar para user internet selalu mengeluh bile hendak memuat turun sesuatu file..alasannye sebab internet perlahan
"
Ahad
Download Accelerator Plus
Lame betul aku tinggalkan blog ni..nak kate busy takde la sangat,senang cerita malas la..hehe,selalu aku dengar para user internet selalu mengeluh bile hendak memuat turun sesuatu file..alasannye sebab internet perlahan
Sabtu
Driver Max
Isnin
Windows 8
Baru-baru ini sedang hangat diperkatakan tentang Windows 7 yang baru
saja dilancarkan pada 22 oct 2009 oleh microsoft,dan aku sendiri pun telah cuba
menggunakan Windows 7 RC beta pada Jun lalu..agak memuaskan dan selepas
sebulan menggunakan Windows 7 aku beralih balik ke WinXp..mengapa...??
Dalam hampir kesemua masyarakat dunia sibuk dengan Win 7 ni..pihak microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak membimbangkan bagi aku iaitu Windows 8 [128bit] Beta akan dilancarkan pada 2012 apabila pihak microsoft juga mengakui mereka akan melancarkan os baru setiap 3tahun
Amat mengujakan,tapi sejauh manakah Intel dan AMD mempersetujui
Win 8 128bit ini sedangkan Win 7 64bit pun masih lagi dalam permasalahan dari segi
driver dan juga perisian-perisian yang lain,tp bagi aku Intel dan AMD pasti setuju
kerana ini juga adalah sebahagian strategi perniagaan dari Bill Gates
Contoh kate dari segi PC yang menggunakan tv/radio card dan user-user ni terpaksa mencari
driver untuk 128bit ini..tetapi adakah pihak yang mengeluarkan produk ni
dan apakah keuntungan bagi mereka kalau hendak di bandingkan dengan microsoft?
dan adakah komputer yang sedia ada ini menerima 128 bit tersebut?
bagi aku sendiri "TIDAK"
Satu perkembangan yang agak sihat
tapi sejauh manakah kemampuan sesebuah perisian ni
mampu memuaskan hati pengguna..lihat saja apa yang jadi pada Windows ME..
terlampau mengejar sesuatu yang baru dalam meletakkan microsoft pada
millenium OS..Windows ME sendiri telah menjadi saksi kegagalan kerana dikeluarkan
dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengira aspek kestabilan dalam perisian tersebut
yang penting bagi microsoft adalah mellinium bagi os mereka
bukannya kepuasan dan kestabilan bagi produk mereka
tetapi money millenium untuk microsoft.
Bagi memperbaiki segala kekurangan dalam Windows Mellinium,Windows Xp telah dikeluarkan
dengan hampir sempurna tetapi masih dalam peringkat yg kurang memuaskan seperti "not Responding"system registery yg senang digodam baik dari segi user atau virus.Sekali lagi juga microsoft telah mengeluarkan Windows Vista dengan interface yang amat menarik,ini juga adalah sebahagian strategi pihak microsoft dalam menarik minat pengguna Mac os dengan interface vista yg menarik..tetapi microsoft silap,ini kerana bukanlah interface yang menarik untuk menggunakan sesebuah os..tetapi adalah kestabilan dalam sesebuah operating system tersebut..
Ahad
LunarScape5
Bila disebut tentang pelayar web,mesti terlintas di fikiran semua orang seperti Internet Explorer,Mozilla FireFox,Google Chrome,Nestcape,Opera dan sebagainya..
Baru2 ni satu pelayar web baru telah dikeluarkan oleh LunarScape5 telah pun melancarkan pelayar baru mereka yang terdiri daripada 3 gabungan search engine iaitu:
Trident, Gecko dan Webkit
Seperti yang kita semua tahu ataupoun sememangnya korang tak tau pun
*Internet Explorer menggunakan Trident
*Mozilla FireFox menggunakan Gecko
*Google Chrome pula mengunakan Webkit
Dengan ketiga-tiga gabungan search engine ini juga boleh melambatkan ketidakseimbangan pelayar tersebut kerana perlu dirender sebanyak 3kali,tetapi masalah sedemikian tidak wujud.Menurut benchmark yang dilakukan LunaScape5 boleh mengalahkan pelayar2 web yang lain dengan mudah dan juga ada menyediakan kemudahan untuk pembina laman web dalaman..
Untuk mencuba korang boleh le download perisian tu di sini
http://www.lunascape.tv/Download/tabid/59/Default.aspx
Isnin
Syukur alhamdulillah sebab tahun ni aku masih berkesempatan beraya bersama kedua orangtua aku dan juga disamping rakan-rakan termasuklah opah aku..heh,takde bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.Tahun ni aku beraya kat kampung opah sebelah mak aku di Perak,Kuala Kangsar..Kota Lama Kiri.Kalau diikutkan raya tahun ni aku tak boleh nak balik ke kampung,ni jugak disebabkan sifat aku yang tak ambik endah pasal cuti raya ..akibatnya cuti dah tak boleh nak apply dan aku mintak cuti dengan dokter..heh,MC lah..apa lagi sampai kene pau ngan dokter RM60.00 hinggit,hampeh btol.
Tengah syok layan raya kat kampung ni la ramai member nak datang rumah,alamatnya tengok pintu rumah aku jelah..korang macam tak paham-paham je kalau raya pertama sampai ketiga memang aku dok kampung..heh,tapi lpas balik dari kampung aku raye jugak rumah korang dengan hati yang terpaksa..korang nak tau sebabnya?Sebab korang tak pernah nak beraya rumah aku,alasannnya bila korang datang aku takde rumah..pandai betol akal korang erkk..aku tak ambil kisah pun..bende remeh camni buat ape nak ambil hati kan..cam perangai bebudak je kalau buat camtu..ape pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..
Aku Raya Dan Kerja
Dalam keghairahan umat islam menyambut syawal yang akan tiba tak lama lagi ni aku sibuk berkira-kira nak mintak cuti ke atau tak..sebabnya tempat aku bekerja ade keluarkan senarai nama-nama yang tidak dapat bercuti Raya untuk tahun ni..nama aku takde tersenarai,kirenye boleh raya kat kampung le nampaknye tahun ni.Punye le sronok sebab nama tak disenarai hitam jadi aku tangguhkan untuk mengapply cuti raya dan akibatnye tarikh permohonan cuti raya telah ditutup...warrgggh...
Jumaat
Convert File Word Ke PDF Dengan doPDF
Ramai di antara kita yang masih kurang pengetahuan tentang memilih perisian yang mampu melakukan convert file Word ke PDF dalam memilih perisian yang sesuai.Jadi aku sarankan satu Freeware yang aku rasa terbaik untuk di cuba..
doPDF merupakan satu perisian yang sangat simple untuk digunakan dan agak mesra pengguna berbanding perisian converter yang lain
Berikut adalah petunjuk bagi penggunaan doPDF:
1.Download perisian tersebut
http://www.dopdf.com/download.php
2.Selepas tu install pada komputer dan buka file Word yang hendak di convert
3.Pilih menu file,dan print kemudian pilih doPDF pada properties
4.Lalu tekan OK,selanjutnya pilih fail yang telah di convert untuk disimpan ke folder yang ditetapkan dan tekan OK..secara outomatik file tu telah di convert ke PDF
Get Ubuntu 9.04 (Jaunty Jacklope) From the Website
Kebanyakkan pengguna Ubuntu dari Linux kini terpakasa mendownload os tersebut dan ini menyukarkan lagi sesetengah individu untuk menggunakan os tersebut,lebih-lebih lagi apabila talian internet menjadi agak perlahan sehingga menyukarkan untuk mendownload os
ni..dan faham-faham jelah talian internet kat malaysia ni..akibatnya lupakan sahaja..
Bagi yang memang berminat untuk menggunakan Ubuntu ni aku sarankan dapatkan terus dari website mereka dan register terlebih dahulu.Urusan penghantaran dalam masa 2minggu dan ianya PERCUMA..!!
Get Ubuntu 9.04(Jaunty Jacklope) Desktop Edition & Server Edition
https://shipit.ubuntu.com/
Rabu
Erti Ramadhan
Diam tak diam tinggal beberapa hari saja lagi untuk umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubaraq seperti yang dilakukan umat-umat yang terdahulu dalam menunaikan Rukun Islam yang ke-3.Aku mula belajar berpuasa pada umur 5tahun,itu pun sekadar hendakkan upah daripada orangtua aku dan nampak sangat aku tidak tahu apa itu erti Ramadhan dan berpuasa..
Namun sejauh manakah kita sebagai umat Nabi Muhammad menyedari kedatangan bulan yang penuh mulia ini di mana segala nikmat amal yang kita kerjakan berlipat kali ganda ini berbeza pada hari-hari yang lain atau sekadar mengerjakannya tanpa rasa tanggungjawab dan kesedaran sebagai umat islam iaitu salah satu umat Nabi Muhammad yang paling mulia di sisi Allah s.w.t...dan seberapa ramaikah umat manusia yang gembira di atas kedatangan Ramadhan dan berapa keratkah yang merasa hiba di atas pemergian Ramadhan apabila menjelangnya syawal nanti..
Aku bukanlah seorang yang pandai sangat dalam hal selok belok agama ni,cuma hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap dunia hari ini yang lebih mementingkan keduniaan berbanding amalan yang kita bawa apabila di sana nanti..semoga kita semua mendapat hidayah serta rahmat darinya sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba dan aku bersyukur di beri kesempatan sekali lagi oleh Allah s.w.t untuk melalui bulan yang penuh makna ini dalam menambah dan memperbaiki tatasusila keimanan kita padaNya..
Niat Puasa
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Maksudnya:“Sahaja aku niat puasa fardu Ramadan untuk esok hari bagi tahun ini kerana Allah Taala”
Niat Berbuka Puasa
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Ahad
Sure Pekat Final 2009 K.Lipis..Pahang
14 Ogos 2009..Habis je keje syif petang terus aku pulang ke rumah,kebetulan pulak ari tu cepat pulak keje selesai jadi sempat jugak aku sediakan ape yang patut untuk ke Pahang walaupun letih aku tak kisah.Segala persiapan telah kiteorang aturkan dan aku terpaksa ambik diorang ni dari rumah ke rumah sebab pakai kereta aku,cam dato je korang ni ekk siap nak berjemput..heehe
Tepat jam 1200 kiteorang bergerak,dan sepanjang perjalanan tu takdelah boring sangat sebab member2 aku ade yang kaki menyakat,so huru haralah jugak dalam kete time tu walaupun memandu waktu tengah malam sampaikan minah-minah tol pon diorang kacau..mane la tau jumpa calon ke,hehee..camtu pon boleh ke..sepanjang perjalan tu roadblock usah cakaple memang ade..polis tu pon kiteorang sakat gak..hehe,mesra alam la katekan erkk..!!betul kee
Pukul 0300 kiteorang sampai kat hentian rehat Genting Sempah,kire tempat yang agak popular jugak dikalangan pengguna lebuhraya yang nak menghala ke Kuantan..kebetulan plak perut tengah kosong sebab sepanjang perjalanan tu hujan,member aku yang lain semua minum je aku sorang yang bantai makan nasi..hajat hati nak tambah lagi sepinggan segan plak..bila dah makan ni pepaham jelah mata mesti dah kuyu mengalahkan ikan puyu so aku suruh pakcik aku drive plak,haha sian dia kene buli ngan anak buah..lepas makan tu kiteorang teruskan perjalanan dan keadaan jadi senyap le pulak,mane taknye diorang semua bantai tido termaksuklah aku sekali..tinggallah pakcik aku yang memandu dalam kesepian bertemankan mp3 yang aku letak dalam pendrive kat radio tu..
Lebih kurang jam 0530 kiteorang sampai Pekan Kuala Lipis,Pahang..nak dekat subuh rupenye dan terus menghala ke masjid dan aku ambik kesempatan tu terus pegi mandi dan hari tu jugak 1st time aku sembahyang kat masjid pakai kain pelekat,lebih 10 kali le jugak aku mintak pendapat pakcik aku pasal kain pelekat yang aku pakai ni ok ke tak..selesai solat berjemaah aku ngan kengkawan standby ape yang patut dan terus pegi cari kedai makan,mase kat kedai makan tu kiteorang semua pekena nasi lemak..sedap gak nasi lemak pekan lipis ni..sambil makan tu member aku sorang ni tak habis2 menyakat member aku yang sorang tu..sampaikan makcik yang berniaga tu naik pelik binti ajaib..
Lebih kurang jam 1030 tu Band aku (METAFORA) mendaftarkan diri dan mendapat tempat yang ke-3 untuk menunjukkan persembahan,urusan pendaftaran amat mudah bagi kiteorang sebab brader yang anjurkan even ni member kiteorang jugak..iaitu Brader Amin salah seorang owner web site http://www.kumprinx.com/...sebelum membuat persembahan band masing-masing,semua band dikehendaki melakukan soundcheck tapi aku tak check pon jadi aku suruh gitaris aku check untuk mic..bukannye ape aku ni pemalu sikit,cehh...ini macam orang pon ada kaa...hehee,tapi kalau korang nak tau aku sorang je vocalis time tu yang menyanyi pakai lirik letak kt depan...kahkahkah..!!cam budak darjah satu je perangai..tak rock langsung
Tepat jam 1230 tibalah masa band aku beraksi dan time tu lah pulak mate aku ni buat hal,mengantok betul..tapi bile nama band aku disebut hilang terus bab mengantuk ni,timbul terus rasa perasaan gemuruh..kepala lutut usah cakaple,macam nak tertanggal dibuatnye..untuk pertama kalinya aku menyanyikan lagu Wings-Intanku Kesepian dan diikuti lagu B.P.R-Dajal,Search-Kejora dan jugak Wings-Bujang Senang walaupun aku sendiri bukan seorang bujang yang senang dengan wang ringgit..dan masa hahaa..
Sebenarnya aku berpuashatilah jugak sebab band aku mendapat sambutan yang agak baik,lebih-lebih lagi time lagu Wings-Intanku Kesepian dan aku pulang dengan rase yang teramatlah puas..lebih-lebih lagi event ini adalah yang terakhir yang dianjurkan kumprinx..walauapapun banyak yang aku belajar sepanjang mengikuti aktiviti event ni setiap tahun,sebelum terlupa nama event yang aku ikuti setiap tahun ni adalah SURE PEKAT dan aku tak tau kenapa dinamakan sebegitu..dan apa yang penting aku dan band aku dapat membuatkan satu persembahan yang amat baik dan tepukan dari penonton disitu akan aku ingat sampai bila-bila..
*Review pasal band aku (METAFORA) Sure Pekat 2005
http://kumprinx.blogspot.com/2005/06/full-report-part-iii-showdown-in.html
Jumaat
Get Fedora 11 Desktop Edition Now
Baru-baru ini saudara yang terbaru dari Linux iaitu Fedora..Fedora 11 Desktop Edition telah menampilkan versi terbarunya bagi open source software
Fedora yang datang dengan semua kelas dunia softwares Word untuk pengolahan, pengembangan software, multimedia, Grafik, Game, Sistem utilitis, Pengembangan alat-alat elektronik, Scientific tools, database, server dan cool 3D desktop.
690MB, ISO format, 1 CD-ROM disc image for Intel-compatible PCs (32-bit)
Download Link
http://fedoraproject.org/get-fedora
Khamis
Malaysian Radio V3
By afizsxp
Lame jugak dah updated blog ni,kalau rumah dah bersawang gamaknya..kali ni pade korang yang memang suka layan radio aku syorkan download satu software untuk radio online
Download Link
http://www.mediafire.com/?2yfim3ynxzo
Selasa
Yahoo Invisible Multi Cheker
Seven Remix XP 2.1
Bahang Windows 7 kian terasa apabila pihak microsoft mengumumkan os tersebut akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini..namun dengan kehadiran versi beta membolehkan peminat windows mencuba versi tersebut,apetah lagi dengan interface yang amat menarik.Tapi bukan semua PC atau Notebook yang dapat menggunakan versi tersebut,ini disebabkan juga kemampuan hardware pada pada sesetengah computer..
Seven Remix XP 2.1
Version 2.1 - May 20, 2009
* New: Win7 AVI's
* New: Some new icons
* New: Screensaver
* Improved: Move, Copy, and Delete dialog modified
* Improved: 24 EXE, 76 DLL, 2 CPL, 1 OCX, 1 TSP, 1 AX Files
* Improved: User Account Pictures
* Fixed: User32.dll error (for KB925902(Service Pack 2) only)
* Misc: Changed netshell.dll, wmplayer.exe, wmploc.dll, mydocs.dll, shell32.dll icons
* Misc: Multilingual "NS Welcome" and others components (v0.1)
* Misc: Minor Changes
* Misc: Installer, Force Reload Improvements
* Updated: NiwradSoft Uxtheme Patcher 1.2
Jadi kat sini aku sediakan satu links untuk korang download themes Windows 7 Remix
http://www.deviantart.com/download/112590511/Seven_Remix_XP_2_1_by_Niwradsoft.zip
Isnin
Spyware Terminator
By afizsxp at 2009-06-29
Ok...kali ni aku nak sarankan korang dapatkan satu perisian yang aku download baru2 ni dari sumber Majalah PC yang aku langgan tiap2 bulan,pada korang yang ada menggunakan perisian Antivirus Free Edition elok rasenya cuba perisian ni sebab antivirus free tidak menyediakan kemudahan untuk mengesan spyware..biaselah benda free,mane ade yang perfectkan...kalau aku sendiri pon buat program tu takkan nak bagi completed,tak kayo le pakcik,hehee...
copy link ni dan paste pada browser terus download..
http://www.spywareterminator.com/download/download.aspx
Selasa
Bila Virus Disable Search,Run dan Setup Yang Lain
[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
“NoFind”=dword:00000000
Selepas tu save sebagai
namafail.reg
selepas tu dwiklik fail yg korang save tadi dan reboot komputer korang..
Isnin
Fix AVG Error When Installing Kaspersky
When installing Kaspersky Internet Security (KIS) or Kaspersky Anti-Virus (KAV), the following “Incompatible Software” window during the setup process wizard will stop and prevent successful installation Kaspersky product. The error that fails the installation of KAV or KIS claims that “Attention! Some incompatible software is installed on your computer. These applications cannot be used together with Kaspersky Internet Security 2009. In order to proceed with the installation, remove these applications.” with AVG 8 the most common listed application.
The “Next” button is disabled and grayed out at this stage, causing user to abandon the setup can cannot or unable to install KIS or KAV. The stop interrupt error happens despite no AVG security software program has been installed on the system previously, or AVG AntiVirus or other product has been uninstall before Kaspersky installation is started.
If user selects and highlights the incompatible software (i.e. AVG from the list and clicking the “Remove” button, it will launch Add or Remove Programs. Then another dialog box prompts “In order to proceed with the installation, please remove incompatible software (it is recommended to reboot your computer after uninstallation). Then run the installation again.” There is no way to install Kaspersky without hack.
Kaspersky setup installer has a switch that allow users to forcefully bypass detection of incompatible software during installation of KIS or KAV. But the process can be tedious for novice computer users. The more direct, and easier way is probably to edit the Windows registry to remove any reference keys to AVG software.
To delete all registry keys with reference to AVG security product, run Registry Editor (regedit). Navigate to the following registry key branches:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\AVG
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Uninstall\AVG8Uninstall
Right click on AVG and AVG8Uninstall respectively, and select Delete to remove the AVG related registry keys. These are two known registry keys that installed by AVG, and should only be removed if there is no longer any AVG programs installed on the PC. User can also click on Edit menu and use Find command to search for AVG related registry keys, but make sure to use common sense to identify which keys is belonged to AVG and which is not. For example, “AVGeneralNotification” is system added key, and should not be deleted.
Once removed, run the Kaspersky setup installer again to install KIS or KAV, and it should works properly now. Note that if you’re encountering incompatible software with products from other vendors as compiled by Kaspersky, such as security software from Agnitum, AhnLab, ALWIL Software, Ashampoo, Authentium Command, Avira, BitDefender, CA, ClamWin, Comodo, Dr.Web, ESET, F-Prot, Grisoft, Lightspeed, McAfee, Norman, Panda, Sophos, Symantec, Trend Micro and etc, just look at the similar registry location to any related registry key for removal.
For user who doesn’t want to risk editing the registry and want to play safe, it’s possible to download and install CCleaner, a freeware, and then use CCleaner to delete all orphan registry entries left behind by AVG and other softwares after uninstallation.
Ahad
Aku dan..
Salam..petang yang agak membosankan
Jumaat
Doa Qunut
Salam..sementara nak tunggu waktu isyak ni,aku post satu doa dimana ada sesetengah kita pada ketika ini yang kantoi doa Qunut.Bukan maksud aku nak memperkecilkan sesetengah individu dalam bab ni,cume melahirkan pendapat aku hasil kajian yang aku dapat dari pengalaman rakan2 aku di kursus-kursus perkahwinan dan majlis akad nikah di mane ramai yang kantoi dalam doa Qunut bile tok kadi suruh bace doa ni,hehee...Mase sekolah rendah dulu,kalau tak kerana ustaz aku yang garang tu..memang sampai sekarang pale otak aku benak pasal Doa Qunut,sekarang ni ALHAMDULILLAH..
Khamis
Kematian..
Isnin
Apa Nak Jadi..
Hari ni cuti..kebetulan aku nak ambik member aku ni kat damansara,jadi kesempatan ni aku gunakan untuk ke sana..memandangkan aku janji dengan member aku jam 10.00 pagi terpakasalah aku gerak awal sikit..pepaham jelah damansara tu,time pagi camni memang sesak tahap gaban punye..lebih2 lagi lepas tol damanasara,sabo jelah..seperti biasa lepas isi minyak aku drive slow je malas nak bawak laju2..time tu plak lagu Agnes Monica,hehee..layan jiwang jap..
Jumaat
Aku Dan Sesuatu
Jumaat 08 May 2009-Aku bekerja syif petang,agak lewat jugak aku sampai rumah tadi sebab ambik komputer pakcik aku kat rumah dia...internet tak boleh connect,aku bajet mesti windows dia ade probs sebab keluar error pada screen system.32 bla..bla.....bla..aku malas nak layan mende ni kalau badan melekit,lagipun baru balik keje..lepas mandi tu baru aku siapkan PC pakcik aku tu..nasib baik takde banyak probs,just aku masukkan CD windows dan repair je balik..alhamdulillah,internet dia dah boleh connect dan selesai satu masalah..alang2 internet pakcik aku dah boleh on aku terus updated dia punye antivirus,sambil tunggu mende tu siap updated aku layan laptop aku pulak,time camnilah aku nak cek e-mail ke atau ape2 yang patut..lagipun jam dah 02.00 pagi dan mate masih tak mengantuk lagi...kekadang tu bila duduk berjaga waktu tengah malam camni biasanye aku siapkan salah satu PC costumer yang dah agak menyemak kat ruang tamu rumah aku ni,memandangkan semuanya dah siap dibetulkan dan takde ape yang nak dibuat,mulalah berangan yang bukan2..hikksss..hikks..
Rabu
Band
Salam..dah lame aku tak updated blog ni,nak kate busy takde le pulak..malas kot,hikss..oklah story sikit tentang zaman persekolahan menengah aku dalam bidang muzik..dari kecik lagi memang aku dah minat bab muzik ni hingga bawak ke alam persekolahan.Aku lebih senang dengan muzik 80an di mana time tu ROCK memang tengah hangat kat malaysia ni sebagaimana hangatnye kuih apam balik kat kedai pak kasim kaki lima tu,heehe..kebanyakan remaja sekarang ni kurang k layan dengan muzik rockapak ni,alasannye?Lu pikirlah sendiri..bagi aku sendiri muzik tanahair banyak berkembang disebabkan pengaruh rock waktu tu,korang jangan ingat bile sebut irama rock je terus kat kepala otak memasing menciptakan perspektif negatif..ubah gaya pemikiran korang,tak guna kalau belajar tinggi2 sampai ijazah bergulung-gulung kalau tak pandai nak gunakan fungsi akal dengan sebaik mungkin,alamatnye negatif la jugak..lantak koranglah..tapi bukan maksud aku nak mengatakan muzik sekarang ni tak bagus..bagi aku memang bagus dan ada kemajuan berbanding mutu rakaman berbanding yang dulu-dulu.Cuma sekarang ni,kuantiti melebihi kualiti dan kehadiran muzik dari indonesia yang membanjiri pasaran kat malaysia ni juga menggugat artis kita sendiri hingga tidak di beri peluang bagi mereka berkarya menghasilkan hasil anak seni tempatan untuk tanah tumpah darah mereka sendiri,apa kejadahnye semua ni....alamak macam dah lari tajuk je aku ni..hikkss,oklah sambung tajuk asal kite tadi..