"

Image Hosted by ImageShack.us

Rabu

Band


Salam..dah lame aku tak updated blog ni,nak kate busy takde le pulak..malas kot,hikss..oklah story sikit tentang zaman persekolahan menengah aku dalam bidang muzik..dari kecik lagi memang aku dah minat bab muzik ni hingga bawak ke alam persekolahan.Aku lebih
senang dengan muzik 80an di mana time tu ROCK memang tengah hangat kat malaysia ni sebagaimana hangatnye kuih apam balik kat kedai pak kasim kaki lima tu,heehe..kebanyakan remaja sekarang ni kurang k layan dengan muzik rockapak ni,alasannye?Lu pikirlah sendiri..bagi aku sendiri muzik tanahair banyak berkembang disebabkan pengaruh rock waktu tu,korang jangan ingat bile sebut irama rock je terus kat kepala otak memasing menciptakan perspektif negatif..ubah gaya pemikiran korang,tak guna kalau belajar tinggi2 sampai ijazah bergulung-gulung kalau tak pandai nak gunakan fungsi akal dengan sebaik mungkin,alamatnye negatif la jugak..lantak koranglah..tapi bukan maksud aku nak mengatakan muzik sekarang ni tak bagus..bagi aku memang bagus dan ada kemajuan berbanding mutu rakaman berbanding yang dulu-dulu.Cuma sekarang ni,kuantiti melebihi kualiti dan kehadiran muzik dari indonesia yang membanjiri pasaran kat malaysia ni juga menggugat artis kita sendiri hingga tidak di beri peluang bagi mereka berkarya menghasilkan hasil anak seni tempatan untuk tanah tumpah darah mereka sendiri,apa kejadahnye semua ni....alamak macam dah lari tajuk je aku ni..hikkss,oklah sambung tajuk asal kite tadi..
Mase aku tingkatan 4 ade sorang mamat ni memang minat kat muzik rockapak ni,aku kenal dia pun macam tu je..dia ni banyak simpan kaset2 lame..dan aku dengan perasaan kurang malunye meminjam dengan muka slumber kaset dia ni sampai berbulan2..kucing tu kalau bunting dah beranak aku rase..hikss.....entah macam mane nak di jadikan cerita mamat ni ajak aku buat band,terkezut gak aku mase tu..dan skang ni dah 10 tahun aku dalam band ni,dan band aku ni memang layan muzik rockapak,baik slow rock atau heavy..dah banyak aku menyemak kat pentas2 batttle of the band ni,macam2 band yang aku jumpa..menang dan kalah adat bertanding..dan sekarang ni aku dah slow bab2 band ni,aku lebih tumpukan pada kerja aku sekarang.Kalau jamming pun sebulan atau 2bulan sekali,band aku pun dah ade vokalis baru..kira orait gak suare kalau nak dibandingkan suara aku yang ala2 awie ni..hahahahahaaa.....perasaan tak sedar diri betul la..gurau je,takde bagus manepun suara aku,sedap lagi suare bai yang jual roti terpekik terlolong melariskan roti beliau dengan berpakejkan moto honda ex5 beliau pada tiap2 petang kat taman perumahan aku tu..hikkss,dulu aku ade pemain keyboard dan die ni memang handal bab alat2 muzik ni..tapi sekarang dia dah lama blah dari band aku dan sekarang ni aku nampak dia dah lain sangat,dah jadi macam orang tabligh..kalau kat masjid tu memang ada saje muke die..aku harap dia bawak pada jalan yang betul,syabas pada kau tajul...aku ingat lagi lagu ciptaan kau tu,akan aku habiskan not2 terakhir tu....bile dah siap nanti kaulah orang pertama aku bagi demo tu..Aku nak story panjang pun memang tak cukup page ni nanti,banyak kenangan pahit dan manis kiteorang dalam muzik berkumpulan ni...kalau korang kaji betul2,banyak artis2 rockapak kat malaysia ni jadi kes cam member aku tu,sebab ape aku pun tak tau..mungkin hidayah dariNYA.Contoh terdekat macam ustaz Akhil Khay tu,dia dulu memang salah seorang vokalis kumpulan rockapak yang bernama Riyadh..kat you tube ade video klip kumpulan beliau..Oklah cukup sampai kat sini je aku merepek..hikss,kat bawah ni lirik lagu yang aku dapat tau adalah dicipta oleh seorang banduan yang menunggu masa ke tali gantung..dan dinyanyikan oleh kumpulan "Kerabat-keinsafan.."(band ni salah satu daripada band rockapak)



KEINSAFAN

Sayu terdengar hujan
Membasahi bumi
Dingin terasa
Memecah kesunyian malam
Dan aku di sini
Sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung ke langit sepi
Tiada purnama
Di dalam kelam
Terlihat bayang ku sendiri
Terpaku membisu
Tanpa suara dan segala
Apa petanda
Apa rahsia

Oh tuhanku yang maha esa
Maha pengasih
Maha Pemurah
Andainya malam
Yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahMU
Maka ku tadahkan setulus
pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa
Dosa semalam

Cukup setakat ini
Aku merasa
Terasing
Terhukum dalam sengsara
Balasan dari
Kehancuran yang
Aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa
Pahala yang mana
Lebih utama
Dalam meniti
Kehidupan dan hari kematian

Andai malam ini
Satu peringatan
Bersyukur ku
Pada ilahi
Andai malam ini
Satu kesudahan
Ku Pintakan
Satu penangguhan
Buatku mengucapkan
KALIMAH TERAKHIR..



1 ulasan: